Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Pada 9 April 2019 yang lalu, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sistem e-Jinayat Peringkat Persekutuan Kali Keempat Tahun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah BPPPS mewakili Timbalan Ketua Pengarah Dasar, JAKIM dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA), Ketua Pendakwa Syarie (KPS) seluruh Malaysia serta wakil daripada Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM serta vendor Sistem e-Jinayat. Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan membincangkan penambahbaikan sistem seterusnya memperkukuh serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah di Malaysia.
 
e jinayat2019 1
 
e jinayat2019 2
 
e jinayat2019 3
 
e jinayat2019 4
 
e jinayat2019 5
 
e jinayat2019 6