Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 9 hingga 11 April 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Bengkel Elemen-Elemen Kesalahan Jenayah Syariah siri 1/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Bengkel yang telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pendakwaan Elemen Kesalahan Jenayah Syariah tersebut telah membincangkan dan menggariskan elemen-elemen yang perlu diambil kira dan diambil berat oleh semua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dalam menentukan hala tuju sesuatu kes bagi kesalahan jenayah Syariah.
 
Pada kali ini elemen-elemen dalam 3 peruntukan undang-undang kesalahan jenayah syariah telah dibengkelkan iaitu kesalahan berkaitan doktrin palsu/ajaran salah, kesalahan berkaitan lelaki berlagak seperti perempuan/perempuan berlagak seperti lelaki/pondan dan kesalahan berkaitan dengan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
 
 
elemen apr19 4
 
elemen apr19 1
 
elemen apr19 3
 
elemen apr19 2