Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Pada 22 Mac 2019 yang lalu, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertempat di Dewan Syura Perdana, Kompleks Islam, JAWI. Kunjung hormat ini telah dihadiri oleh seramai 4 orang daripada BPPPS dan 10 orang daripada JAWI. Ia diadakan bertujuan mendapatkan maklumat dan membincangkan mengenai pelaksanaan Sistem e-Jinayat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seterusnya mewujudkan hubungan kerjasama antara Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

KunjungJawi 1

 

KunjungJawi 2

 

KunjungJawi 3

 

KunjungJawi 4