Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
KUALA LUMPUR - Usaha membantu lebih ramai usahawan untuk memohon dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia diteruskan dengan memenuhi jemputan sesi "Klinik Industri Asas Tani" sempena Simposium Peladangnita Kebangsaan pada 23 Julai 2019 di Menara LPP, Kuala Lumpur
 
Melalui klinik ini, JAKIM telah menghantar 5 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal bagi memberi khidmat bimbingan dan kesedaran pensijilan halal kepada hampir 500 orang usahawan peladang dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana bumiputera.
 
Sepanjang klinik halal ini berlangsung, para usahawan telah diberi pendedahan berkenaan sistem permohonan pensijilan halal Malaysia serta keperluan dan kelebihan pensijilan tersebut dalam membantu mereka meluaskan lagi pasaran seterusnya meningkatkan daya saing produk-produk keluaran IKS Bumiputera yang berstatus halal dan toyyiban.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
https://m.facebook.com/HabHalalJakim/
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
KLINIK INDUSTRI ASAS TANI 220719 1
 
KLINIK INDUSTRI ASAS TANI 220719 2
 
KLINIK INDUSTRI ASAS TANI 220719 3
 
KLINIK INDUSTRI ASAS TANI 220719 4
 
KLINIK INDUSTRI ASAS TANI 220719 5
 
KLINIK INDUSTRI ASAS TANI 220719 6