Kurator Berita : Bahagian Dakwah

TEMERLOH, PAHANG (19 - 20 JULAI 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Masjid Temerloh Jaya telah berjaya mengadakan Kursus Training of Trainer (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) bertempat di Masjid Temerloh Jaya, Pahang.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh YBhg Dr. Abdullah bin Ismail, Pengerusi, Masjid Temerloh Jaya, Pahang. Turut mengiringi Pengerusi, Masjid Taman Temerloh Jaya ialah Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah mewakili Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Tuan Haji Fadzli Bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah mewakili Jabatan Agama Islam Pahang.

Antara objektif utama penganjuran Kursus ini adalah bagi :

  • Memperkasakan peranan dan fungsi masjid secara kolaborasi dengan hospital melalui peranan sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) sebagai nadi penggerak dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti agama;
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen CSR bagi menambahbaik kualiti dan nilai hidup pesakit, keluarga dan persekitaran;
  • Mewujudkan hubungan dan kerjasama lebih erat dan berterusan ke arah melebarkan risalah dan menyantuni ummah khususnya di antara pesakit, waris dan warga hospital.

Program ini akan dilebarkan ke seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri melalui penglibatan Masjid Daerah dan Hospital Daerah di setiap negeri. Pendekatan program ini adalah sebahagian dari usaha untuk mengaplikasikan pendekatan Corporate Social Responsibility (CSR) berdasarkan Maqasid Syariah melalui penjagaan nyawa dan akal (Hifz al-Nafs dan al-’Aql).

Ia juga merupakan satu usaha dalam mempelbagaikan aktiviti masjid bagi mengetengahkan peranan dan fungsi masjid yang memberi manfaat kepada pihak-pihak yang memerlukan khususnya kepada pesakit, ahli keluarga dan warga hospital.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari ahli jawatan kuasa Masjid Temerloh Jaya serta imam masjid dan kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang yang telah hadir bagi menjayakan kursus ini. 

 

 Slot 1

 

Slot 1 1

 

Slot 2

 

Slot 3

 

bd93fcb0 9e32 433c b996 3f69360c13a8

 

a9a5b534 abcd 4a8a a2f3 f52f6d486e0c

 

46714cb7 87f5 42d9 9249 a29b600273c8