Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 25 Mei 17, Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Sijil Tinggi Muamalat (Tahap 2) pada 22 hingga 25 Mei 2017.  Kursus ini merupakan lanjutan dari Kursus sebelum ini iaitu Sijil Tinggi Muamalat (Tahap 1) dan dihadiri oleh para peserta kursus yang sama.

Kursus kali ni memberi pendedahan dan penerangan berkaitan perkara-perkara berikut :

  • Prinsip Asas Perniagaan
  • Prinsip Asas Ekonomi
  • Prinsip Asas Perakaunan
  • Pengenalan Kepada Sistem Kewangan Islam
  • Institusi Kewangan di Malaysia
  • Perbankan
  • Takaful
  • Koperasi
  • Pasaran Modal
  • Al-Rahnu

Antara barisan penceramah yang menyumbang idea dan pengetahuan di dalam Kursus kali ini adalah :

  1. Puan Dalila binti Daud
    Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban

  2. Encik Abdul Rahman bin Abd Syukur
    Ketua Pengawasan Syariah, Al-Rajhi Bank Malaysia

  3. Tuan Haji Zakaria bin Mat Jusoh
    Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia

  4. Encik Mohd Zul Azri bin Mahat
    Eksekutif, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

  5. Encik Mohd Izuwan bin Mahyudin
    Pegawai Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad

  6. Encik Muhammad Hasanan bin Yunus
    Pengurus Syariah dan Tadbir Urus, Bursa Malaysia Berhad.

Diharapkan agar kursus ini dapat memberi penjelasan dan pendedahan mengenai etika perniagaan, sumber dan institusi perniagaan di Malaysia serta meningkatkan kemahiran peserta mengenai prosedur dan urusan perniagaan berlandaskan Islam.