Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 25 Januari 2018 – "Apabila kita memahami ilmu hukum faraid, institusi kekeluargaan kita akan terpelihara”.  Menyedari kepentingan ilmu turath ini kepada masyarakat, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ilmu Teras telah menganjurkan Diskusi Cakna Faraid pada 25 Januari 2015 bertempat di Auditorium As-Syafii, ILIM, Bangi. 

Diskusi ini telah dihadiri seramai 82 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan masyarakat awam. Objektif utamanya adalah untuk memberi kefahaman tentang keperluan pembahagian harta berdasarkan faraid di samping memahami maksud tersirat di sebalik proses itu.

Menurut penceramah Dr. Noor Lizza Mohamed Said, pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), katanya: “Ada sebab mengapa harta diagih dalam beberapa bahagian supaya ahli keluarga yang mendapat harta berkenaan melaksanakan tanggungjawab dengan menjaga kebajikan keluarga si mati”.

Menurut Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Tuan Seh Nilamuddin Hassan selaku penceramah berkata ”penganjuran diskusi ini diharapkan dapat memperkasakan kembali ilmu ini ke dalam sistem yang sebenar”.

cakna faraid2

cakna faraid1

cakna faraid3

cakna faraid4