Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 26 April 2018 - Imam adalah pemimpin rohani yang membantu dan membimbing            ke aras mencapai keredhaan Allah. Imam adalah orang yang sangat dekat dengan masyarakat Islam. Selain lebih arif dalam bidang agama, mereka menjadi pakar rujuk kepada hampir semua masalah berkaitan hidup seharian.

Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Islam Malaysia telah melaksanakan Sijil Tinggi Profesionalisma Imam sebanyak 2 daripada 4 tahap bermula pada bulan Februari dan yang terakhir pada bulan Julai 2018.  Kursus ini disasarkan kepada peserta yang terdiri dari Skim Hal Ehwal Islam terutama mereka yang bertugas sebagai Imam dari seluruh Malaysia.

Tugas imam adalah lebih luas bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta profesionalisme jawatan tersebut. Pendek kata, para imam kini tidak boleh lagi hanya bergantung kepada ilmu fardu ain dalam bab fikah, tauhid dan tasawuf.

Menerusi kursus ini para peserta didedahkan dengan perkara-perkara berikut :

  • • Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan aliran pemikiran semasa
  • • Fiqh Solat
  • • Pengurusan halal dan sembelihan
  • • Asas Faraid
  • • Pengurusan Jenazah
  • • Asas Ruqyah Syariyyah

Justeru itu, amatlah diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan para peserta terhadap ilmu-ilmu teras dalam Islam dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat khususnya dalam bidang aqidah, fiqh, faraid, dan kaedah asas ruqyah syariyyah sekaligus dapat meningkatkan kesedaran peserta untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu khususnya ilmu-ilmu teras dalam Islam.

imam1

imam2

imam3

imam4

imam5