Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 1 Ogos 2018 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajah Fuziah Salleh telah sudi meluang masa menghadiri Sesi Perjumpaan bersama warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada petang tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Masri Razali.

Dalam perjumpaan tersebut, YB Hajah Fuziah Salleh menekankan ILIM sebagai pusat latihan Islam perlu membuat penilaian keberkesanan yang menjurus kepada perubahan sikap dan tingkah laku selepas kursus sebagai akujanji dan komitmen peserta.  Tambah beliau, agensi latihan perlu berfikir secara kreatif dan di luar kotak dalam menangani permasalahan dan cabaran dalam bidang pengurusan latihan.

Hadir sama dalam perjumpaan tersebut, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan JAKIM, Puan Hajah Zawanah Muhammad.

Perjumpaan ini adalah pertemuan pertama YB Hajah Fuziah Salleh bersama warga ILIM sebelum meneruskan siri lawatan lain ke institusi latihan di bawah JAKIM.
 
kunjungan TM1
 
kunjungan TM2
 
kunjungan TM3