Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

11 Januari 2019, Bangi – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini bertuah kerana dapat menimba ilmu berkenaan pengurusan kepimpinan secara terus dari perunding latihan United Kingdom, London. Perjumpaan selama 45 minit itu memberi banyak input dan pengisian di samping inspirasi kepada pengurusan untuk memajukan ILIM sebagai peneraju pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Mr. Martin A. Horton atau lebih mesra dikenali sebagai Mr. Martin berkunjung ke Malaysia bersama isteri, Mrs. Fatima Vepari dan kedua-duanya pernah mengendalikan program kepada pegawai-pegawai JAKIM yang mengikuti kursus khas Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di London pada tahun 2015.

JAKIM selaku agensi pusat dari semasa ke semasa merangka pembangunan kompetensi PHEI termasuk dengan memberikan peluang kepada pegawai-pegawai yang terpilih bagi mengikuti kursus kepimpinan di London selama 3 bulan atau sebulan. Penganjuran “The Leadership Management Programme” selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pegawai yang tidak berpeluang ke London menimba pengalaman dan ilmu secara langsung dari 2 orang perunding latihan tersebut di Malaysia.

Terdahulu, Mr. Martin dan Mrs. Fatima memberi motivasi kepada pegawai pengurusan dan professional JAKIM mengenai “Development Strategy” dan disusuli dengan Islamic Leadership Dialogue bersama Alumni Kursus Khas PHEI di London (tahun 2015 hingga 2018) berkenaan “Developing Integrity Based Management”. Program tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Putrajaya dengan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi, YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, YBhg. Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Pengarah Kanan ILIM, Puan Hajah Zawanah binti Muhammad serta Pengarah-Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Sesi ‘motivation talk’ ini telah dihadiri oleh 150 orang pegawai serta kakitangan JAKIM termasuk ILIM, manakala sesi bersama alumni pula dihadiri seramai 30 orang pegawai.

Mr. Martin dan Mrs. Fatima juga dalam rangka lawatannya ke Malaysia akan mengadakan kunjung hormat dengan kerajaan negeri Kelantan. Lawatan mereka akan berakhir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi universiti dan pelajar bagi berkongsi ilmu tentang kepimpinan.

Dalam pertemuan di ILIM, pasangan tersebut juga menyatakan hasrat untuk membantu ILIM dalam membangun kompetensi pegawai bagi memastikan pegawai hal ehwal Islam (PHEI) berada dalam kelasnya yang tersendiri.

 LnCM7

LnCM1

LnCM2

Mr.Martin dan Mrs.Fatima dalam rangka kunjung hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi,YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya.

LnCM5

LnCM4

LnCM3

LnCM6