Semakan Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam Tarik Hati PM

Pada 8-10 Januari 2010 yang lalu Bahagian Penyelidikan telah menyertai Expo Juara Rakyat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang julung-julung kalinya diadakan di Taman Sentosa, Bukit Beruntung Rawang, Selangor Darul Ehsan.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Expo Juara Rakyat ini memuatkan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat berbilang kaum bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian. Dalam pada itu, Jakim juga turut menyediakan kaunter semakan tarikh lahir dalam bulan Hijri dan juga edaran buku-buku percuma kepada para pengunjung yang hadir.

 

Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah berjaya menarik seramai 50,000 orang pengunjung ke tapak expo ini yang menyediakan hampir 70 buah booth daripada pelbagai agensi kerajaan, <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />GLC dan swasta. Dalam ucapan perasmian, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia menyampaikan hasrat agar expo ini diadakan dapat setiap bulan bagi mendekatkan lagi para pemimpin dengan rakyat jelata.

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia juga turut sama membuat semakan tarikh lahir beliau dalam bulan hijrah.

Turut serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke kaunter JAKIM.

Datuk Dr. M.Kayveas turut berminat dengan semakan tarikh lahir hijri yang disediakan.

Serbuan para pengunjung Expo Juara Rakyat.

Barisan urus setia yang bertugas sepanjang expo berlangsung.