Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2009M

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan Tahun 1430H/2009M pada 17 Zulkaedah 1430H bersamaan 5 November 2009M bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tema seminar kali ini adalah ‘Pendermaan Organ Dari Perspektif Islam’.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Seminar selama sehari ini telah berjaya menarik minat lebih 1000 peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan jabatan mufti, jabatan dan majlis agama Islam seluruh negara, imam-imam dan guru-guru agama Wilayah Persekutuan, wakil-wakil agensi kerajaan serta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS sekitar Lembah Klang. Selain itu juga, seminar ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan kesihatan dari seluruh <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia. Objektif seminar ialah :

  • Memberi pendidikan fatwa kepada masyarakat mengenai isu pendermaan organ dari perspektif Islam.
  • Menggalakkan percambahan idea mengenai isu pendermaan organ.
  • Mewujudkan kerjasama yang padu dengan semua peserta supaya maklumat yang tepat mengenai isu pendermaan organ dapat disampaikan kepada semua pihak.

Seminar yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Y.Bhg. Prof Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Y. Bhg. Dato’ Dr. Azmi bin Shapie, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tuan Hj. Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM.

 

Dalam ucapan perasmian, Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim menyatakan walaupun fatwa pendermaan organ ini telah dikeluarkan sejak tahun 1970 lagi, namun isu ini masih menjadi kebimbangan dan sering kali menimbulkan persoalan di kalangan umat Islam. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya 14% daripada 126,403 pengikrar penderma organ adalah pengikrar beragama Islam dan daripada jumlah penderma sebenar seramai 238 orang, hanya 5.4% beragama Islam. Di antara sebab utama yang menghalang orang Islam daripada menjadi pengikrar adalah berpunca daripada keraguan dan kesamaran yang masih wujud di kalangan sebahagian besar masyarakat tentang hukum dan konsep pendermaan organ dari kaca mata Islam.

 

Beliau turut menjelaskan tentang peri pentingnya program-program pendidikan dan penjelasan fatwa ini perlu diperbanyakkan dan diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi supaya masyarakat Islam dapat memahami dengan jelas apa jua fatwa yang diputuskan, dan ia juga sekali gus dapat menghalang masyarakat Islam daripada terpengaruh dengan pandangan-pandangan berkaitan hukum hakam daripada pihak yang tidak berautoriti. Y.B. juga melahirkan harapan agar JAKIM terus mempertingkatkan usaha ke arah memartabatkan institusi fatwa di negara ini dengan tanggungjawab membina dan memelihara generasi umat Islam ke arah yang lebih gemilang pada hari ini dan juga masa-masa akan datang.

 

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini, iaitu :-

 

Sesi pagi

 

Kertas Kerja I

Tajuk : Pendermaan Organ Dari Perspektif Islam.

Oleh : Y. Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Paizah bt. Hj. Ismail, Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

 

Kertas Kerja II

Tajuk : Komunikasi Kesihatan Pendermaan Organ.

Oleh : Y. Bhg. Tuan Hj. Abdul Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Moderator sesi ialah Y. Bhg. Prof. Dr. Hj. Abdul Samat bin Musa, Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

 

Kertas Kerja III

Tajuk : Rawatan Pemindahan Organ.

Oleh : Y. Bhg. Datin Dr. Lela Yasmin binti Mansor, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.

 

Moderator En. Munshi b. Abdullah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Sesi petang

 

Di samping itu, turut diadakan bicara testimoni bersama bekas penerima buah pinggan iaitu En. Jamal Jumadi dan sesi tayangan video berkenaan pendermaan organ.

 

Ketibaan Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Y.B. Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika merasmikan seminar tersebut.

 

size=2>

Antara peserta yang menghadiri seminar tersebut.

 

Antara tetamu VVIP.

 

Penyampaian cenderahati.

 

Tetamu kenamaan jemputan.

 

Antara Pembentang kertas kerja.

 

 

 

 

Kehadiran peserta seminar.