Seminar Rumahku Syurgaku Sempena Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Tahun 2012

YBhg Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa pada tahun ini, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  dengan kerjasama PUSPANITA JAKIM dan Yayasan Ihtimam akan mengadakan Seminar Rumahku Syurgaku pada ketetapan berikut:
 
Tarikh :           21 Jun 2012 (Khamis)
Masa :           7.30 pagi – 5.00 petang
Tempat :           Auditorium D8, Aras 5, Kompleks D, Putrajaya
Sehubungan dengan itu, sukacitanya bahagian ini menjemput YBhg Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puanuntuk menyertai seminar ini.  Bersama-sama ini disertakan borang pengesahan kehadiran dan pohon dikembalikan melalui faks pada atau sebelum 18 Jun 2012 (Isnin).
 
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, YBhg Tan Sri / Dato’ / Datuk / Tuan bolehlah menghubungi Urus Setia, Puan Mastura  di talian 03-8886 4954 atau Puan Fatimah Mardhiah binti Roslay di talian 03-8886 4949.
 
Aturcara Program
 
"IBU RATU HATIKU, BAPA WIRA HIDUPKU"
 
Masa Perkara
7.30 pagi :     Pendaftaran
:     Minum pagi
 
8.30 pagi :     Luahan Hati : “Di bawah Redhamu”
      Oleh               : Puan Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
                                Penulis dan Pendakwah
 
10.00 pagi
:     Bicara   : "Pelangi Cinta"
  Oleh                 : Y. Bhg. Ustaz Suhaimi bin Wakid
             Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
12.00 t/har

:      Majlis Perasmian

:      Persembahan

:      Aluan Pengerusi Majlis dan Bacaan Do’a

:       Ucapan Aluan

       Oleh : YBhg. Datin Rohani binti Muhammad

                  Pengerusi PUSPANITA JAKIM

 :      Ucapan

        Oleh : Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Wan Abd Aziz

                   Pengerusi Yayasan Ihtimam

:       Ucapan Perasmian oleh

         YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim

         Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

:     Penyampaian Cenderahati

1.00 tgh    :     Makan tengahari
:     Solat Zohor
 
2.30 petang :     "Pondok Usang , Mahligai Emas ; Di Mana Nasibku?”
                           Moderator : Puan Sabariah binti Salleh
                               Panel 1 : YBhg Ustaz Badli Shah bin Alauddin
                               Panel 2 : YBhg Ustazah Zawiah binti Hassan
            
 
   4.30 petang
:     Minum Petang
:     Bersurai