Sesuci Ramadhan Di Bumi Kangaroo

SESUCI RAMADHAN DI BUMI KANGAROO
 
Ramadhan menjengah lagi dengan penuh kerahmatan dan keberkatan;  pastinya ia dialu-alukan oleh seluruh umat manusia yang beragama Islam.Kehadiran Ramadhan yang akan singgah selama sebulan dalam setahun pastinya akan membuatkan Umat Islam di seluruh pelusuk dunia merasa teruja untuk benar-benar memanfaatkan setiap saat dan detik di bulan yang mulia ini.
 
 
Pada tanggal 4 Ogos 2012, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Merdeka, Yarralumla, Canberra Australia. Majlis dimulaikan dengan sedikit tazkirah oleh Setiausaha Pertama (Halal) sebelum sekelian yang hadir dijamu dengan bubur lambuk untuk berbuka menjelang masuknya waktu Maghrib.
 
 
Majlis yang diserikan dengan kehadiran TYT. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang rakyat Malaysia yang terdiri dari para pelajar, anggota tentera yang berkursus, penduduk tetap di Canberra dan juga pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra. Sidang hadirin seterusnya bersama-sama mendirikan solat Maghrib berjamaah dan menikmati hidangan sebelum menunaikan Solat Sunat Tarawikh.
 
  
                                       
Tazkirah ringkas menanti waktu Maghrib
 
 
 
 
  
           
TYT. Dato’ Salman menikmati juadah berbuka puasa bersama yang hadir
 
           
Solat Fardhu Maghrib Berjamaah
Tarikh: 
Aug 04, 2012