Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan 2012

PUTRAJAYA  (Rabu): “Pendakwah Wanita Peneraju Ketamadunan Ummah” itulah tema yang diberi bagi program `Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan 2012 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah diadakan pada 23 Mei 2012 bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.
 
Objektif program ini diadakan bagi melahirkan pendakwah wanita yang berpengetahuan luas dan berkemahiran serta mempunyai kebijaksanaan di dalam menyampaikan dakwah. Selain itu, ianya bagi meningkatkan kemahiran pendakwah wanita mengenai teknik penyampaian dakwah yang berkesan dan bagi mengeratkan jalinan ukhuwwah untuk membentuk kerjasama pintar dikalangan para pendakwah wanita dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah.
 
Simposium sehari ini telah disertai oleh 300 orang peserta dan mendapat sambutan hangat dan menggalakkan daripada peserta yang ingin mengikutinya.
Simposium ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim telah dijemput bagi menyampaikan ucapan aluan bagi simposium ini. Beberapa orang pegawai Kanan Jakim juga turut hadir menjayakan symposium pada kali ini.
 
Menampilkan para penceramah dan ahli-ahli forum yang sangat berpengalaman, berwibawa dan komited berjaya menarik perhatian dan memuaskan hati para peserta.
 
Pembentangan 1 bertajuk: “Membina Profesionalisma Pendakwah Wanita” telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Fariza binti Md. Sham, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM. Manakala, Pembentangan 2 bertajuk: “Halatuju Pendakwah Wanita Ke arah Pembinaan Ketamadunan Ummah” disampaikan oleh YBhg. Prof Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
 
Pada sesi petang, diteruskan dengan Forum bertajuk: “Isu dan Cabaran Pendakwah Wanita Masa Kini”. Diberi tanggungjawab sebagai Moderator Forum ini ialah Ustazah Hajah Sabariah binti Salleh bersama gandingan 3 orang personaliti hebat iaitu YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dr. Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri, Pendakwah Bebas, dan YBhg. Prof MadyaDatin Noor Aziah Binti Mohd Awal, Fakulti Undang-Undang UKM telah berjaya mengupas tajuk ini dengan pandangan dan idea-idea yang bernas. 
 
Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2012 ini, bersetuju menggariskan 5 (lima)  resolusi seperti berikut:
 
1.   Agenda Pemerkasaan Pendakwah Wanita hendaklah dijadikan sebagai salah satu elemen khusus dalam  
      Pelan Tindakan Dakwah Nasional Jakim dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).
2.   Kerajaan wajar mewujudkan satu Sekretariat Pendakwah Wanita yang diurus setiakan Jakim yang
      berperanan memperkemaskan latihan dan jaringan kerjasama antara pendakwah wanita dan organisasi
      dakwah.
3.   Kerajaan perlulah menyalurkan sumbangan khas berterusan pada NGO wanita Islam bagi melancarkan
      program-program dakwah yang dirancang.
4.   Menyedari kepentingan dakwah bagi melahirkan `khaira ummah’, golongan muslimah tanpa mengira
      latarbelakang akademik dan profesion perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam tugas-tugas dakwah.
5.   Memperkemaskan pengurusan pentauliahan kepada golongan pendakwah di Malaysia yang berkelayakan
      dalam bidang agama serta mengetahui tentang sesuatu isu dalam masyarakat.
 
Simposium ini diharapkan, akan menjadi platform ke arah melahirkan  Pendakwah Wanita bagi menggilap, mengembeleng dan meningkatkan kemahiran serta keterampilan pendakwah wanita terutama dalam menghadapi cabaran arus perdana kini.
 
  
 
  
 
 
 
 
 
Simposium Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan 2012 dirasmikan oleh
YB Dato' Dr.Mashitah binti Ibrahim
 
 
Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim
 
Pembentang Kertas Kerja 1
 
Pembentang Kertas Kerja 2
 
 
 
 
Sesi Soal Jawab
 
 
 
Barisan Tetamu VIP yang hadir
 
 
 
 
 
Antara peserta yang hadir menjayakan simposium pada tahun ini.
 
 
Panelis Forum pada sesi petang
 
YBhg. Dato' Hj. Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz
 
YBhg. Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri
 
YBhg. Prof Madya Datin Noor Aziah binti Mohd Awal
 
Ustazah Hajah Sabariah binti Salleh
 
 
 
 
 
 
Penyampaian cenderahati kepada Pembentang Kertas Kerja dan Ahli Panel Forum
 
 
Pembentangan Resolusi bagi simposium ini disampaikan oleh
Ustazah Khatijah binti Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
 
 
Sidang Media