Soalan Peperiksaan Percubaan STAM Telah Diedarkan

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Satu taklimat berkaitan Jadual Peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah diberikan kepada pegawai-pegawai Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Yayasan Islam Negeri-Negeri pada 23 Julai 2007, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Aras 9, JAKIM, bermula jam 9.30 pagi.

Taklimat tesebut bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan dan jadual peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Penyelarasan tersebut merangkumi penggubalan, percetakan soalan, prosedur dan peraturan-peraturan di dalam peperiksaan. Di samping itu, antara objektif lain bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan peperiksaan seluruh Malaysia supaya dijalankan serentak mengikut jadual yang ditetapkan bagi semua Kelas KAFA serta memberi panduan menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.

Pada hari yang sama juga diadakan penyerahan soalan Peperiksaan Percubaan STAM 2007. Sebanyak 10 kertas peperiksaan merangkumi 13 mata pelajaran telah disediakan dan diserahkan kepada wakil-wakil negeri oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urusetia LEPAI, JAKIM.

Sebelum taklimat peperiksaan diadakan, JAKIM melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam telah mengadakan beberapa bengkel penggubalan soalan STAM dan UPKK. Mesyuarat JK3P tahun 2002 telah memutuskan untuk mengadakan peperiksaan percubaan STAM setara peringkat nasional setiap tahun. Rentetan daripada itu, JAKIM dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengadakan Bengkel Penggubalan dan Pemurnian Soalan Percubaan STAM 2007 pada 25 – 28 Jun 2007 bertempat di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur dan pada 19 – 22 Julai 2007 di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.

Seramai 50 orang penggubal telah turut menyumbang idea dan tenaga bagi menghasilkan soalan peperiksaan tersebut termasuk 4 orang guru berbangsa Arab yang mengajar di Sekolah Menengah Agama Negeri-Negeri. Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat membanggakan.