Sustaining Islam In A Multi-Cultural Environment In Malaysia
SUSTAINING ISLAM IN A MULTI-CULTURAL ENVIROMENT IN MALAYSIA
Manusia diciptakan untuk saling mengenali antara satu sama lain, hidup bermasyarakat dan saling bantu-membantu ke jalan kebaikan dan bermanfaat tidak mengira bangsa, keturunan, agama sepertimana diungkapkan didalam al-quran (Surah al-Hujurat : ayat 13) ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sehubungan itu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM telah menganjurkan Seminar Sustaining Islam In A Multi-Cultural Enviroment In Malaysia pada 14 Sya’aban 1433H bersamaan 4 Julai 2012M (Rabu).
Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA telah menjadi saksi kepada sambutan yang julung-julung kali diadakan ini dari pelbagai universiti yang berdekatan dengan Putrajaya dan individu menyertai seminar ini. Antara Universiti-universiti dan peserta-peserta yang terlibat adalah :-
1- Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
2- Universiti Multi Media (MMU), Cyeberjaya
3- Universiti Kuala Lumpur
4- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
5- Islamic Outreach ABIM
Jumlah peserta yang telah menyertai seminar ini ialah seramai 50 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar antarabangsa pelbagai bangsa dan budaya hidup. Ini adalah satu permulaan yang baik kerana program ini adalah pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat. Semua peserta tidak berganjak dari awal hingga ke akhir seminar kerana memberi fokus terhadap perbincangan dan pembentangan yang disampaikan sangat menarik.
Seminar yang diadakan ini bertujuan untuk membina sahsiah diri dan kefahaman serta tanggungjawab sebagai seorang Islam, khusus kepada siswa-siswi antarabangsa dari berbilang kaum dan bangsa yang berada di sekitar Putrajaya. Bertepatan dengan peranan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Islamic Otreach ABIM sebagai pusat interaktif komunikasi dan kemasyarakatan antarabangsa di dalam kemjuan Hal Ehwal Islam di negara ini.
Majlis Perasmian Seminar ini telah serikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dr. Luqman bin Abd Rahman, Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM mewakili YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM. Perbincangan dalam bentuk forum serta interaksi bersama panel dan peserta telah diadakan supaya peserta lebih memahami dan menghayati perkara-perkara yang dibincangkan. Pihak penganjur telah menjemput ahli panel yang berpengalaman iaitu :-
Ahli Panel :
a) YBhg. Mdm. Anima Ferrera
Author Of Word View Of Islam
Islamic Outreach ABIM
b) YBhg. Dr. Syed Nor Azman bin Syed Mustafa
Malayan University Of Science and Technology
And Resident Lecturer, Islamic Outreach ABIM
Moderator :
Bro. Latif Pozan
Islamic Outreach ABIM
Di akhir seminar tersebut, YBhg. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sudi menyampaikan cenderamata kepada perasmi, ahli panel dan moderator yang menjayakan program ini. Pihak masjid berharap agar para peserta seminar kali ini dapat mengambil manfaat serta perkongsian maklumat yang jelas lagi mantap sepanjang program ini berlangsung seterusnya memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan program-program di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.







- Hits : 887







