Takziah Mangsa Tragedi Bot Karam Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Tragedi bot karam yang berlaku pada malam takbir Aidiladha 9 Zulhijjah 1430H bersamaan 27 November 2009M telah mengorbankan 19 orang penumpang yang dalam perjalanan ke Pulau Banggi, Kudat, Sabah untuk mengadakan majlis korban di sana. Walaupun sudah sebulan tragedi tersebut berlalu tetapi ianya masih lagi menjadi mimpi dan igauan ngeri bagi keluarga mangsa bot karam terbabit. Melahirkan rasa simpati, JAKIM Cawangan Sabah telah berkunjung ke rumah En. Yahya bin Othman iaitu salah seorang mangsa bot karam yang terselamat di Taman Regell Putatan, Sabah pada 17 Disember 2009 (Khamis). Ianya adalah sebagai tanda ukhuwah dan simpati di atas apa yang telah berlaku kepada keluarga mangsa bot karam.<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Semua ahli daripada 4 buah keluarga mangsa bot karam tersebut berkumpul di rumah En. Yahya bin Othman bagi bersama-sama mengadakan majlis doa selamat anjuran JAKIM Cawangan Sabah. Rombongan JAKIM Cawangan Sabah telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa bot karam berkenaan. Turut sama menghulurkan sumbangan di dalam majlis tersebut ialah PUSPANITA JAKIM Cawangan Sabah serta Kelab Kebajikan dan Sosial JAKIM Cawangan Sabah. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pn. Hajah Hanifah binti Mahmood, isteri kepada Pengarah JAKIM Cawangan Sabah selaku Pengerusi PUSPANITA JAKIM Cawangan Sabah dan juga ketua rombongan. Selain itu, Us. Nasrun bin Abdullah turut menyampaikan sumbangan selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sosial JAKIM Cawangan Sabah.

Mengikut maklumat daripada Ustaz Irwan Shah Miya Abdullah, Penggerak Dakwah Pulau Banggi JAKIM Cawangan Sabah, seramai 28 orang penumpang terlibat dalam tragedi bot karam tersebut dan 19 orang telah terkorban manakala 2 orang mangsa tidak dapat ditemui.

Takziah kepada keluarga mangsa tragedi bot karam Kudat ini. Mudah-mudahan mereka redha serta dapat bersabar dengan dugaan Ilahi.

Rombongan JAKIM Caw. Sabah, PUSPANITA JAKIM Caw. Sabah serta Kelab Kebajikan dan Sosial JAKIM Caw. Sabah tiba di rumah mangsa yang terselamat.

Majlis doa selamat dipimpin oleh JAKIM Caw. Sabah.

Pn. Hajah Hanifah binti Mahmood, Pengerusi PUSPANITA JAKIM Caw. Sabah menyampaikan ucapan takziah.

Pengerusi PUSPANITA JAKIM Caw. Sabah menyampaikan sumbangan.

Sumbangan ikhlas daripada Kelab Kebajikan dan Sosial JAKIM Caw. Sabah.

Anak mangsa yang masih terlantar di hospital juga tidak dilupakan, sumbangan disampaikan kepada ibu saudara anak kecil tersebut sebagai wakil.

Bergambar b
rsama mangsa bot karam yang terselamat dan ahli keluarga mangsa.