"Tanjung Harapan.........."

 
Pahang adalah destinasi ke empat selepas Johor, Melaka dan Sabah bagi Program Rakan Setia Komuniti (RSK). Program yang dianjurkan oleh JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti ini telah berlangsung di Amansari Beach Resort, Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang pada 15-17 Julai 2012.
 
Program ini adalah kerjasama bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang, PDRM, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Kesihatan Kuantan, Pahang.
 
Perasmian program ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakuan bin Sawai, Ketua Penolong Pengarah Kanan,  Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh wakil dari Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pahang  dan wakil dari Jabatan Agama Islam Pahang. Peserta program ini terdiri daripada Orang Kena Pengawasan (OKP) dari AADK Daerah Kuantan, Maran dan Pekan.
 
Objektif program adalah untuk  memberi kesedaran tentang aspek kerohanian iaitu penerapan ilmu agama, kesedaran tentang penjagaan kesihatan, tatacara sebagai orang-orang yang dikenakan pengawasan oleh polis dan AADK atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
 
Program ini juga menggunakan pendekatan menghijrahkan para peserta dengan cara memberi peluang pekerjaan ke tempat lain dengan harapan mereka dapat mengubah kehidupan serta meningkatkan taraf hidup mereka dan disamping dapat mengekalkan kepulihan.
 
JAKIM dengan kerjasama Dagang Asia.Net yang diwakili oleh Encik Khairil Ismahafiz telah mengadakan sesi temuduga bagi peserta yang berminat untuk bekerja ke negeri lain. Beberapa syarikat iaitu  PROPEL (Syarikat Pengurusan Lebuhraya), Syarikat Worldwide dan sebuah syarikat dari Shah Alam telah mengambil bahagian dalam sesi temuduga ini. Hasil temuduga itu telah mendapat keputusan yang positif dan 17 orang  peserta telah berjaya diambil bekerja oleh syarikat-syarikat ini.
 
Sanggup berhijrah daripada kampung halaman satu pengorbanan yang besar. Harapan dengan penghijrahan ini dapat memberikan impak yang positif.
 
Rakan Setia Komuniti (RSK) ini akan diteruskan ke negeri Perak.
 
 
 
Majlis perasmian oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakuan bin Sawai, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM
 
 
 
 
 
Sesi Kuliah Yang Disampaikan Oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dan Jabatan Kesihatan Kuantan Pahang
 
 
 
Peserta Solat Berjemaah
 
 
 
 
 
 
Tazkirah Maghrib dan Subuh oleh Pegawai Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pegawai dari JAKIM
 
 
 
Sesi Perkongsian Pengalaman Oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) AADK
 
 
 
 
 
Senaman Pagi dan Petang Serta Riadah Sukan
 
 
 
 
 
Sesi Temuduga Oleh Majikan-majikan Yang Berminat Untuk Mengambil Peserta Bekerja
 
 
Bergambar Kenang-Kenangan
 
 
 
 
 
 
  
Tarikh: 
Jul 22, 2012