Tautan Kasih Program Ziarah Kelompok Masyarakat Orang Asli Kampung Donglai

Hulu Langat – Pada 11 Julai hingga 12 Julai 2012,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui  Bahagian Dakwah telah menganjurkan  satu Program Ziarah Kelompok Masyarakat Orang Asli yang bertempat di KOA Donglai Baru,Hulu Langat,Selangor.Perkampungan tersebut terletak jauh di kawasan pendalaman di dalam Daerah Kajang.
 
Pegawai Penyelaras Ustaz Abdul Mutalib adalah individu yang berperanan menyelia program dan mendapat bantuan dari Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) yang lain dari setiap daerah  di Negeri Selangor,terutamanya Ustaz Fauzi Bin Ghani yang merupakan PMOA bagi masyarakat orang asli di kampung tersebut.Majoriti masyarakat orang asli di situ adalah beragama islam dimana seramai 67 orang daripada 100 keluarga telah diislamkan sepenuhnya oleh PMOA itu sendiri.
 
Objektif utama program ini diadakan,adalah untuk merapatkan lagi jalinan tautan kasih kemesraan yang telah sekian lama berputik,kerana sudah lama program sebegini jarang sekali diadakan di kampung tersebut. Kemesraan dan semangat muhibbah yang di tunjukkan oleh masyarakat kampung tersebut amatlah memberansangkan dan mendapat sambutan yang hebat.Kehadiran penduduk setempat dan jiran kampung terbabit memeriahkan lagi acara program.Masyarakat setempat telah bersama-sama  melakukan aktiviti yang telah dirancang  seperti bergotong-royong memasak,membersihkan kawasan surau dan mengadakan acara sukan bagi kanak-kanak dan dewasa.
 
Program ziarah dakwah rumah ke rumah orang asli adalah acara yang kerap kali di lakukan pada setiap program sebelum ini.Ziarah yang di anjurkan bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang di hadapi masyarakat setempat di samping bertanya khabar dan juga memberikan lebih banyak kefahaman tentang agama islam.
 
Kemuncak acara program pada hari terakhir,adalah dengan majlis perasmian oleh Datuk Orang Kaya Datuk Engku Maha Bijaya Abdul Jalil  Abdul Rani dan  beliau juga turut sudi menyampaikan hadiah bagi pertandingan sukan dan sumbangan.Majlis pengislaman juga telah dilakukan oleh Ustaz Abdul Nasir Bin Ahmad  KPP Bahagian Dakwah Khas iaitu seramai 4 orang penduduk orang asli yang tinggaL di kampung berdekatan.Progam pada hari itu turut disertai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan agensi-agensi kerajaan lain.Turut hadir pada acara itu,ialah Pegawai Tadbir Agama JAIS,MAIS,JAKOA,Jabatan Perhutanan Selangor dan Tok Batin Kampung Donglai Baru dan juga pemimpin setempat.
 
Ketibaan tetamu jemputan Datuk Orang Kaya Datuk Engku Maha Bijaya Abdul Jalil Bin Abdul Rani dengan diiringi Tok Batin KOA Donglai.
 
Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi JKK KOA Donglai iaitu Encik Suhaimi selaku wakil bagi pihak Tok Batin. 
 
 
Datuk Orang Kaya DatukEngku Maha Bijaya Abdul Jalil Abdul Rani memberikan ucapan dan merasmikan program tersebut.
  
Ustaz Abdul Nasir Bin Ahmad KPP Bahagian Dakwah Khas turut mengislamkan saudara baru dan disaksikan oleh para tetamu yang hadir. 
 
Sumbangan barangan keperluan harian di sampaikan melalui aktiviti ziarah rumah ke rumah masyarakat orang asli. 
Antara tetamu jemputan yang hadir pada majlis perasmian tersebut diantaranya dari MAIS,JAKOA dan Jabatan Perhutanan Selangor. 
Hadirin yang hadir terdiri daripada penduduk kampung dan juga penduduk kampung berhampiran.  
 
Ustaz Nasir Bin Ahmad KPP Bahagian Dakwah Khas dan Pegawai Penyelaras Program Ustaz Mutalib sempat merakamkan gambar bersama Tok Batin KOA Donglai Baru. 
Majlis perasmian dan pengislaman saudara baru bagi program tersebut di akhiri dengan jamuan tengahari yang telah disediakan oleh pihak penganjur. 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
Jul 20, 2012