Tawaran Geran Tahunan 1MDB-JAKIM 2012/2013

 
TAWARAN GERAN* TAHUNAN 1MDB-JAKIM 2012/2013
KEPADA LULUSAN SMAN/SMAR/SABK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA @ BIDANG PROFESIONAL DI IPTA, MESIR & JORDAN
 
1.      Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang  Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), iaitu sekolah-sekolah di bawah Agensi/Jabatan Agama Islam Negeri yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Bidang-Bidang Profesional, untuk mendapatkan pembiayaan Geran Tahunan 1MDB-JAKIM 2012/2013.
 
2.      Program dan institusi-institusi yang layak ditaja adalah:
 
*Geran ialah bantuan / pemberian yang diberi setiap tahun sehingga tamat pengajian yang sepatutnya dan bukannya pinjaman

 

 
BIDANG & TAHUN PENGAJIAN
INSTITUSI
Terbuka untuk semua bidang pengajian yang diiktiraf JPA
Semua IPTA yang diiktiraf oleh kerajaan iaitu:
1.      Universiti Malaya (UM)
2.      Universiti Sains Malaysia (USM)
3.      Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4.      Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.      Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6.      Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7.      Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8.      Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.      Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10.  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
11.  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12.  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
13.  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
14.  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
15.  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
16.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
17.  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18.  Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20.  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
 
 
Perubatan
Pergigian
Farmasi
 
 
 
 
 
Universiti-Universiti di Timur Tengah:
1.      Mesir:
a)      Universiti Al Azhar
b)      Universiti Ain Shams
c)      Universiti Cairo
d)     Universiti Mansoura
e)      Universiti Alexandria
f)       Universiti Tanta
g)      Universiti Zaqaziq
 
2.      Jordan:
a)      Universiti Mu’tah
b)      Universiti Al Bayt
c)      Universiti Yarmouk
d)      Universiti Jordan
Ekonomi
Perbankan
Sains
Perakaunan
Lulusan Darul Quran JAKIM Yang menyambung Pengajian di peringkat sarjana muda
(program berkembar)
1.      Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
-mempunyai Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM
-sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Quran Sunnah di USIM
Bidang-bidang profesional seperti
ICSA(Institute Of Chartered Secretaries & Administrator),
ACCA,
CIMA, dan
ICAEW (Perakaunan)
dan lain-lain
IPT yang diiktiraf kerajaan
 
3.      Syarat-Syarat Permohonan:
 
i. Warganegara Malaysia dan beragama Islam;
ii. Kelulusan SPM :Mendapat sekurang-kurangnya 7A (BAGI SPM 2009 KE ATAS) /7A1 (Bagi spm  2008 ke bawah))  serta kepujian Bahasa Melayu (7A- adalah tidak layak memohon)
iii. SPM di atas hendaklah diambil di SMAN/SMAR/SABK
iv. Telah berada di IPT atau telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda 
v. Pelajar belum menerima apa-apa bantuan wang/tajaan/pinjaman dari mana-mana pihak  kecuali pinjaman PTPTN (bagi pemohon di IPTA atau IPTS)
vi.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang :

a- Pendapatan ibu bapa di bawah RM 5000 sebulan
b- Mempunyai Diploma/Sijil Tahfiz daripada Darul Quran JAKIM
c- Aktif dalam kokurikulum
 
4.   Syarat-Syarat Akademik Khas untuk lulusan Diploma Darul Quran JAKIM yang sedang mengikuti
       pengajian peringkat sarjana muda bidang Quran Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia
        (USIM):             
     i)          Mendapat sekurang-kurangnya 5B+ / 5B3 (SPM 2008 ke bawah) dalam SPM      DAN
                 sekurang-kurangnyaCGPA 3.25 di peringkat Diploma Darul Quran
 
5.   Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:
 
i. Pelajar dari sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau agensi lain seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP/SBPI) , Sekolah Swasta atau Maktab Rendah Sains MARA 
ii.   Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
iii.   Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama,  Lepasan Ijazah anjuran sesebuah jabatan/ agensi kecuali bagi permohonan untuk bidang profesional
iv. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation kecuali bagi permohonan untuk bidang profesional
v. Pelajar/pegawai yang sedang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa/double degree/MA/PHD kecuali bagi permohonan untuk bidang profesional
 
      6.  Cara Memohon
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja di laman web : apps2.islam.gov.my/1mdb/ 
 
i. Permohonan yang tak lengkap tidak akan diproses
ii.   Hanya pemohon yang melepasi tapisanakan dipanggil untuk temuduga dalam bulan November 2012.
iii.   Sekiranya ada unsur penipuan/pemalsuan maklumat, permohonan akan ditolak serta merta
iv.   Pertanyaan mengenai pembiayaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88864337/4979 (En. Amin/Pn. Ilyani / En. Nabil) atau email amin_atan@islam.gov.my/ ilyani@islam.gov.my/ nabil_fikri@islam.gov.my

     

 
       7. Tarikh Tutup Permohonan
 
Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober  2012 (Rabu). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon-calon yang berjaya akan dihubungi