TEKS UCAPAN YB. DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI PROGRAM KEBAJIKAN KORPORAT PRIHATIN -IHYA’ RAMADAN NEGERI PERAK 16 SEPTEMBER 2008 (SELASA) DEWAN SEMINAR

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
 
YANG BERUSAHA SAUDARA PENGERUSI MAJLIS,

PENGARAH TABUNG HAJI NEGERI PERAK

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN

PENERIMA-PENERIMA SUMBANGAN

SETERUSNYA SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
 
ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA TURUT SERTA DALAM PROGRAM KEBAJIKAN KORPORAT PERHATIN – IHYA’ RAMADAN BAGI TAHUN 2008 PADA PETANG INI. SESUNGGUHNYA SAYA BERASA AMAT BERTUAH SEKALI DAPAT HADIR DALAM MAJLIS INI BERSAMA-SAMA DENGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN..

1. SEBAGAI UMAT ISLAM, RAMADAN AL-MUBARAK BUKAN SAHAJA BULAN MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SERTA BERSABAR, TETAPI IA JUGA ADALAH BULAN BAGI MENINGKATKAN PAHALA MELALUI IBADAH DAN AMALAN KEBAJIKAN. RAMADAN MERUPAKAN BULAN YANG DITUNGGU-TUNGGU KEHADIRANNYA OLEH SELURUH UMAT ISLAM KERANA PELBAGAI KEISTIMEWAAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA, TERUTAMA YANG BERKAITAN DENGAN IBADAH DAN AMALAN KEBAJIKAN.

2. SEMPENA BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, BANYAK AKTIVITI YANG MENJURUS KEPADA KEBAJIKAN DAN SEDEKAH DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN OLEH PELBAGAI PIHAK. USAHA INI TELAH MENJADI SIMBOL KEPADA KEUTUHAN MASYARAKAT MALAYSIA TERMASUKLAH RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM, YANG MEMPUNYAI NILAI MURNI, SENTIASA INGIN MEMBANTU GOLONGAN YANG BERADA DALAM KESEMPITAN SERTA TIDAK BERKEMAMPUAN.
 
SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

3. ALHAMDULILAH, SEBAGAI SEBUAH BADAN KORPORAT DAN INSTITUSI ISLAM, TH SENTIASA PRIHATIN DALAM MELAKSANAKAN AMAL JARIAH DENGAN TURUT SAMA BERSEDEKAH DAN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL DENGAN MENGAJAK ORANG RAMAI UNTUK SAMA-SAMA MENYUMBANG BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.
4. DISAMPING ITU, IA JUGA BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM DI ANTARA TH DENGAN MASYARAKAT. SETIAP TAHUN TH AKAN MEMPERUNTUKAN SEJUMLAH WANG BAGI TUJUAN INI. PROGRAM INI BUKAN SAHAJA DIJALANKAN DI PERAK, BAHKAN DI SETIAP NEGERI JUGA TURUT MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI.

* INSYAALLAH PADA TAHUN INI, UNTUK NEGERI PERAK SEJUMLAH 100 ORANG ANAK YATIM DAN 300 ORANG FAKIR MISKIN AKAN MENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA DARI TH. PEMILIHAN PENERIMA SUMBANGAN INI DILAKUKAN SENDIRI OLEH TH DI SETIAP DAERAH DENGAN MEMFOKUS KEPADA KRITERIA SEPERTI:

- KELUARGA YANG MEMPUNYAI AHLI KELUARGA YANG RAMAI DAN JUMLAH TANGGUNGAN YANG BESAR.
 
- KELUARGA YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP DAN DAIF

- ANAK-ANAK YATIM YANG MISKIN

- KETUA KELUARGA YANG SAKIT DAN UZUR

- IBU-IBU TUNGGAL

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

HARAPAN PENGURUSAN TH MELALUI PROGRAM INI IALAH:

1) ANAK-ANAK DARI GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN TURUT BERGEMBIRA MENYAMBUT HARI RAYA

2) MENYEMAI SEMANGAT PRIHATIN ANGGOTA TH KEPADA GOLONGAN MASYARAKAT YANG KURANG BERKEMAMPUAN

3) MEWUJUDKAN SUASANA DAN SILATURRAHIM YANG BAIK DI ANTARA TH DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT
 

5. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA PADA PETANG INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN DI BERKATI ALLAH, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI HENDAKNYA. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI DITERIMA DAN SEMOGA NEGARA KITA TETAP TERPELIHARA, SELAMAT, AMAN DAN DAMAI, MEMBOLEHKAN TH BERDIRI TEGUH UNTUK TERUS MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG KEPADA MASYARAKAT ISLAM SERTA TERUS MENYUMBANG DI MASA-MASA AKAN DATANG.
 
6. AKHIR KATA SEMOGA USAHA TH INI AKAN MEMPEROLEHI KEBERKATAN DARIPADA ALLAH S.W.T. DAN MENJADI AMAL KHAIR KITA SEMUA.

7. DI SINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH & TAHNIAH KEPADA URUSETIA PROGRAM INI SERTA PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM PADA PETANG INI.

8. SEKIAN, WABILLAHHI TAUFIK WALHIDAYAH ASSALAMUALIKUM W.B.T.