TPM Merasmikan Konvensyen Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan 2006
Ketibaan TPM diirngi oleh Y.B Dato' Dr Abdullah bin Md Zin serta Ketua Pengarah JAKIM
Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan Konvensyen Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan 2006. Seramai 500 peserta menghadiri konvensyen tersebut yang meliputi perwakilan jabatan-jabatan kerajaan, badan NGOs, perwakilan IPT dan IPTS, agensi-agensi penjelasan Islam Hadhari iaitu IKIM, YADIM, JASA, JPT, JAPIM dan lain-lain.
Konvensyen selama 2 hari iaitu dari 23 hingga 24 Jun 2006, telah diadakan di Hotel Legend, Kuala Lumpur memberi banyak ruang maklumat dan informasi terbaru bagi mengukuhkan agenda kerajaan dalam menjayakan Pendekatan Islam Hadhari di Malaysia. Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar akademik, tokoh koporat serta Menteri Pengajian Tinggi iaitu Y. Bhg Dato' Mustapa Muhammad.
Turut sama dalam sesi pembentangan ialah 2 orang pembentang luar negara iaitu Menteri Wakaf Mesir, Y.Bhg Dr. Mahmud Hamdy Zaqzuoq dan Y.Bhg Imam Abdul Quddus al-Azhari dari Darul Ulum Akademik Islam, Brisbane, Australia.
Menteri Wakaf Mesir membentang kertas kerja
Dalam ucapan penangguhan Y.Bhg Dato' Dr Abdullah bin Md Zin mengucapkan jutaan terima kasih atas semua yang terlibat dalam konvensyen pada kali ini. Sokongan dari semua pihak menjadi pemacu bagi pihaknya dan khususnya JAKIM untuk mengadakan konvensyen seperti ini secara dwi tahunan. Gabungan golongan pemimpin , ulama' dan ilmuan menjadi medan pencetus idea untuk disumbang kepada pembagunan masyarakat dan negara.
- Hits : 982







