TV 1 - Live Ad-Din Musim Ketiga (Musibah)
Siri 39/09 Musim Ketiga (11), Jumaat 20 November 2009, 3.00 Petang
Tajuk hari ini : Musibah(Kita sekarang sedang mengalami musim tengkujuh, pelbagai musibah yang melanda, ada yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir, tak kurang juga yang kehilangan orang tersayang akibat penyakit bawaan air seperti taun. Musim cuti sekolah dan raya EidulAdha menjelang tiba, maka ramai yang akan pulang ke kampung... adakah mungkin musibah di jalan raya pula yang menanti ? beringatlah dan buat persiapan sewajarnya...kesimpulan ) Apa-apa sahaja kemusykilan, pertanyaan dan pendapat berkaitan tajuk ini, boleh hubungi studio di talian 03 - 22829458 atau emelkan ke AdDin09@gmail.com
Pengacara : Ustaz Iszam Padil (JAKIM)
Ahli Panel : DSP Hj. Ghazali Hj. Daud (BAKA, PDRM)
Dr. Ridzuan Tee Abdullah (Univ. Pertahanan Nasional Malaysia)
Pengumuman : Siri ini merupakan siaran kesebelas musim ketiga Siaran Langsung Ad-Din. Tajuk minggu ini adalah berkaitan isu semasa, berlawanan daripada tema asal Ad-Din musim Ketiga iaitu Muamalah Islamiyyah. Walau bagaimanapun, Ad-Din akan kembali bersiaran kepada tema asal setelah beberapa isu semasa yang menimbulkan kemusykilan umum telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan menjayakan musim pertama Ad-Din dengan tema Munakahat dan musim kedua dengan tema Islam dan Kehidupan.
Dukacita dimaklumkan bahawa mulai Julai 2009, pihak RTM hanya akan bersiaran sehingga 1 pagi, sekaligus memberi maksud bahawa tiada siaran Ulangan yang diperuntukkan kepada pihak JaKIM bagi mengadakan siaran ulangan Ad-Din.
Pihak kami akan berusaha agar siaran ulangan ini dapat diwujudkan di laman web ini atau www.islamgrid.gov.my
Jika anda ada cadangan tema atau topik perbincangan yang bersesuai untuk Ad-Din, juga diharapkan dapat memberi maklum balas ke AdDin09@gmail.com
- Hits : 961







