UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH JAKIM SEMPENA PROGRAM MAJLIS PELANCARAN BAS BELIA MABIMS PADA 23 JULAI 2009


UCAPAN ALUAN KETUA PENGARAH JAKIM

SEMPENA PROGRAM MAJLIS PELANCARAN BAS BELIA MABIMS

DI AUDITORIUM BLOK D8, KOMPLEKS D, PUTRAJAYA.

 

YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 


Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

 


Dif-dif jemputan
Pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Universiti.
Pegawai-pegawai dan kakitangan JAKIM


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 


Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana JAKIM telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Bas Belia MABIMS kepada belia-belia yang terdiri dari anggota MABIMS iaitu Negara Brunei Darussalam,Rep.Indonesia, Malaysia dan Rep. Singapura.

 


Terima kasih kepada YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan Program Majlis Pelancaran Bas Belia MABIMS pada hari ini.

 


Juga ucapan terima kasih kepada Y. Berhormat Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Begitu juga saya ucapkan terima kasih kepada Pensyarah-pensyarah dan Pelajar-pelajar serta individu-individu kerana sudi hadir sama mengikuti Program ini.


Juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

 


Program Majlis Pelancaran Bas Belia MABIMS diadakan adalah rentetan dari Mesyuarat Som-MABIMS di Jogjakarta pada November 2008 yang telah bersetuju mengadakan Projek Bas Belia MABIMS pada tahun 2009 sempena sambutan ulangtahun MABIMS yang ke-20 di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Bahagian Dakwah JAKIM juga telah mencadangkan ceramah motivasi yang akan disampaikan olehY.Bhg Dato’ Dr Hj Mohd Fadhilah Khamsah sebagai pengisian dan percambahan ilmu kepada Belia MABIMS dan merupakan salah satu aktiviti yang dapat dimanfaatkan bersama.

 


Y,Bhg Dato’, tuan/puan sekalian,

 


Antara objektif Majlis Pelancaran Bas Belia MABIMS ialah:
Memperteguh silatulrahmi dan jalinan kerja (networking) di antara pemimpin belia negara anggota MABIMS untuk mempertingkatkan lagi perancangan dan penyelenggaraan program-program Belia peringkat MABIMS.

 


Memudahcara (facilitate) pekongsian maklumat dan best practices tentang strategi-strategi dan program-program mendekati dan membangun belia dan remaja di kalangan pemimpin belia negara anggota.


Memberi sumbangan kepada usaha-usaha pembinaan keupayaan (capasity building) pemimpin-pemimpin belia negara anggota.


Mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan pemimpin belia dan generasi muda negara anggota, tentang peranan MABIMS

 


Dato’, tuan/puan sekalian,

 


Program seperti ini secara tidak langsung dapat menonjolkan idea-idea baru yang mungkin dapat dikongsi bersama sebagai satu percambahan ilmu dakwah yang boleh diaplikasi dalam medan dakwah untuk membina dan memantap sahsiah individu muslim yang meliputi kemantapan akidah, syariah dan akhlak melalui aktiviti dan program yang telah dilaksanakan. Para peserta berpeluang memperteguh dan meningkatkan jalinan silaturrahim di dalam mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang dakwah bagi meningkatkan syiar Islam.

 


Jika disingkap sejenak mengenai method dakwah Nabi S.A.W. di zaman dahulu, baginda banyak mengambil pendekatan secara berhikmah dan memberi peringatan semasa menyampaikan dakwah iaitu bertepatan dengan firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 125; yang jelas maksudnya: ”Serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

 

Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

Bertepatan dengan firman Allah;

 


”Sebahagian dari (umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri) kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah”.

 

” ( Surah al-A’Raaf’: 30)

 


Hadirin Sekalian,

Oleh yang demikian,diharap para peserta Program Majlis Pelancaran Bas Belia Mabims mendapat manfaat yang besar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Semoga segala usaha yang dilakukan ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.
.