Unit Agama, Jabatan Penjara Malaysia Akan di Perkasa
Pusat Latihan Sarawak (PLS) telah menjadi destinasi pilihan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Insan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jakim bagi mengadakan Bengkel Semakan dan Penambahbaikan Kertas Cadangan Menaik Taraf Unit Agama di Jabatan Penjara Malaysia. Bengkel tersebut telah diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu.
Bengkel tersebut telah diketuai oleh Penolong Kanan Komisioner Tuan Ajidin bin Haji Salleh, Ketua Seksyen Pemulihan, Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Timbalan Penguasa Penjara Tuan Amer Sharifuddin bin Mat, Bahagian Dasar dan Kepenjaraan Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Timbalan Penguasa Penjara Tuan Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Encik Ali Hanafi bin Osman, Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Ustaz Ainuddin bin Haji Dolhakim dan Ustazah Noraina binti Shamsuddin, Unit Agama Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Puan Rosnah binti Othman, Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.
Manakala wakil daripada Jakim adalah Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Insan, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Insan, Puan Nor Kamila binti Kamaruzaman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Ustaz Sa’adi bin Awang, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Insan.
Antara objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan keperluan perjawatan, mengemaskini senarai perjawatan dan menambahbaik semua perjawatan sedia ada Unit Agama di seluruh penjara di Malaysia. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dengan kedua-dua agensi saling bertukar pandangan dan idea bagi mengembang dan menaiktaraf unit agama di Jabatan Penjara Malaysia. Pada akhir sesi, PKK Tuan Ajidin bin Haji Salleh, Ketua Seksyen Pemulihan, Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia mengharapkan kolaborasi antara Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Penolong Kanan Komisioner Tuan Ajidin bin Haji Salleh, Ketua Seksyen Pemulihan, Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia.

Ustaz Yaakob bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Insan Jakim sedang memberikan pandangan semasa bengkel.

Suasana di dalam bengkel



- Hits : 1553







