WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia serta rahmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
 
Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, penubuhan Unit Integriti merupakan satu usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Usaha memantapkan integriti merupakan agenda utama ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih telus, cemerlang dan berdaya saing tinggi serta menjunjung tinggi nilai-nilai murni berteraskan Islam. Menjadikan integriti sebagai amalan seharian akan mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam organisasi seterusnya menghasilkan mutu perkhidmatan yang unggul dan berkualiti.
 
Semoga kewujudan portal ini akan dapat membantu jabatan mempertingkatkan integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadikan Jakim sebagai agensi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan hal ehwal Islam Malaysia menjelang 2020 dan merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi dengan budi pekerti yang lulur.”
 
Sekian, terima kasih.
 
 
YUSHELIZA BINTI MOHD YUNUS
Ketua Unit
Unit Integriti, Jakim



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Mac 2020.
Jumlah Pelawat :12392156