Urusan Kenaikan Pangkat Skim PHEI Bagi Semua Gred Kumpulan Sokongan, JAKIM
Tarikh Akhir Paparan:
Julai 13, 2012
|
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM BAGI SEMUA GRED KUMPULAN SOKONGAN, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Skim Hal Ehwal Islam bagi semua gred Kumpulan Sokongan di Jakim. Sehubungan itu, pegawai yang memenuhi syarat kelayakan kenaikan pangkat seperti di bawah boleh mengemukakan permohonan untuk dipertimbangkan ke dalam urusan kenaikan pangkat tersebut.
Syarat kelayakan Kenaikan Pangkat seperti berikut:
a. Memangku gred jawatan pada atau sebelum 31 Disember 2011;
b. Memperoleh markah purata Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak kurang dari 80% bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut iaitu pada 2009, 2010 dan 2011;
c. Membuat pengisian Laporan Penilaian Prestasi Khas (LNPK) bagi pegawai yang memangku selepas Julai 2011 ;
d. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK);
(Sila kemukakan salinan keputusan PTK yang disahkan bagi calon yang telah lulus
PTK)
e. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa;
f. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
g. Bebas dari hukuman tatatertib; dan
h. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Dalam urusan ini, Ketua Jabatan adalah dimohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai yang sedang memangku mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti di atas selain menyemak dan memastikan kesahihah maklumat yang dikemukakan oleh pegawai. Dokumen-dokumen seperti di bawah perlu dilengkapkan dan dihantar ke Bahagian ini sebelum atau pada 13 Julai 2012 jam 12:15 tengahari.
5. Salinan Keputusan PTK (Jika Ada).
Penghantaran dokumen yang lengkap hendaklah di alamatkan kepada:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 8, Blok D7, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Prestasi dan Kenaikan Pangkat)
** Penghantaran dokumen juga boleh dibuat melalui faks di talian 03-88892039.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/tuan/puan boleh merujuk terus kepada pegawai-pegawai berikut:
a. Puan Noraini binti Mahmad Adzimi 03-88864116
b. Puan Che Zalina binti Mohd Ali 03 88864123
c. Encik Mohd Yusri bin Ngahtiman 03-88864217
|
- Hits : 1884







