Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya - 23 April 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan program Round Table Discussion (RTD) Wacana Maqasid Syariah Siri 5: Isu Cadangan Penghapusan Hukuman Mati yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Program RTD yang telah diadakan pada jam 9.00 malam di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya merupakan salah satu wacana untuk percambahan minda bagi mendapatkan input dan pandangan dari golongan agamawan, ahli akademik, ahli dari bidang perundangan dan kehakiman serta penguatkuasaan berhubung dengan isu cadangan penghapusan hukuman mati.
 
Dalam program RTD tersebut Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan telah membentangkan pandangan beliau mengenai cadangan penghapusan hukuman mati menurut fiqh kontemporari. YBhg. Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh, Pengerusi Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pula telah mengulas mengenai konsep pengampunan oleh waris terhadap pesalah hukuman mati manakala YBhg. Prof. Madya Dr Zulfakar bin Ramlee telah memberikan ulasan mengenai pemansuhan hukuman mati menurut perspektif sivil dan syariah.
 
Program RTD telah ditamatkan jam 11.30 malam setelah YB Pengerusi mendengar ulasan dan pandangan dari ahli-ahli lain yang hadir dalam program tersebut.
 
 
RTD5 1
 
 
RTD5 2
 
 
RTD5 3
 
 
RTD5 4
 
 
RTD5 5
 
 
RTD5 6
 
 
RTD5 7
 
 
RTD5 8
 
 
RTD5 9
 
 
RTD5 10
 
 
RTD5 11
 
 
RTD5 12