Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang

Putrajaya, 12 Januari 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Undang-Undang telah mengadakan Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Bil. 1/2024 yang dipengerusikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Datin Paduka Zaharah binti Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Jabatan Peguam Negara dan turut melibatkan beberapa agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan,  Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Mesyuarat tahunan ini diadakan bertujuan untuk menetapkan undang-undang yang menjadi keutamaan selaras dengan Pelan Transformasi Al-Falah dan Sasaran Kerja Strategik JAKIM 2019-2025. Penetapan ini menjadi teras gerak kerja agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi memastikan segala perancangan dapat diselaraskan antara agensi yang berkaitan.

buu
buu2
buu3
buu4