Wanita Hebat Membina Generasi Berakhlak
Kota Kinabalu - Jakim Cawangan Sabah bersama Persatauan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) telah menganjurkan Seminar Wanita pada pertengahan Julai 2012 yang lepas bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PERTIWISA, wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan wanita NGO Islam yang lain telah hadir untuk mengikuti seminar tersebut.
Objektif utama penganjurannya ialah untuk menanam perasaan tanggungjawab wanita terhadap diri, keluarga dan masyarakat serta peranan mereka dalam membina generasi yang berakhlak mulia. Seterusnya ia juga merupakan wadah yang sesuai untuk membincangkan mengenai permasalahan semasa berkaitan wanita dan cara mengatasinya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukayah binti Datuk Panglima Abdullah, Isteri mantan Tuan Yang Terutama Tun Haji Sakaran bin Dandai.
Seminar yang berbentuk forum itu telah diterajui oleh 2 orang penceramah yang tidak asing lagi di bumi Sabah ini iaitu Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan Puan Hajjah Noordianah binti Haji Alwi, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Manakala Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah telah bertindak sebagai moderator forum yang bertajuk “Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia dan Menjana Syurga Di Akhirat”.

Lafaz Perasmian oleh Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukayah binti Datuk Panglima Abdullah
Tarikh:
Jul 31, 2012   Groups:
- Hits : 1172







