YAB TPM Berbuka Puasa Bersama Ulama’, Agensi Agama Dan NGO Islam
Bertempat di Seri Satria Putrajaya, Kediaman Rasmi YAB Timbalan Perdana pada 13 Ogos 2012 telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri bersama para ulama’, agensi-agensi agama dan NGO Islam. Turut hadir dan meraikan para tetamu pada majlis ini ialah isteri Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Puan Sri Datin Norainee bt. Abdul Rahman. Turut hadir pada Majlis ini ialah Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan YB Senator Dato’ Dr. Mashitah bt. Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara ulama’ yang hadir pada majlis ini ialah Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri Hj. Harussani bin Zakaria, Mufti Negeri Perak, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Yusof Nor, Pengerusi Universiti Islam Malaysia (IUM) dan Sahibus Samahah Dato’ Hj. Mohd. Tahrir bin Dato’ Hj. Shamsudin, Mufti Negeri Johor.
Bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa ini juga YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Amal Peribadi Mulia Kajang dan sumbangan daripada Aman Palestin kepada 50 rakyat Palestin di Malaysia.






Tarikh:
Aug 15, 2012   Groups:
- Hits : 1770







