Y.B Dato' Dr. Abdullah Mempengerusikan Mesyuarat MABIMS KE 12
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />


Malaysia telah menjadi tuan rumah Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-12 dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Kali Ke-31 yang telah diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 28 - 30 November 2006. Pertemuan ini telah dihadiri oleh 36 orang perwakilan dari keempat-empat Negara anggota MABIMS.
Pertemuan MABIMS telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta ahli-ahlinya terdiri daripada Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Berhormat, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Md Zin bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia diketuai oleh Yang Terhormat Bapak Muhammad M.Basyuni, Menteri Agama Republik Indonesia dan Republik Singapura diketuai oleh Yang Berhormat Dr. Yaacob bin Ibrahim, Menteri Sekitaran dan Sumber Air selaku Menteri yang Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura.



Sebelum Pertemuan di Peringkat Menteri-Menteri Agama diadakan, mesyuarat dimulai dengan mesyuarat di peringkat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) di mana Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Haji Mohiddin, Setiausaha Tetap Kementerian Ugama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia diketuai oleh Yang Terhormat Dr. Bahrul Hayat, Ph.D, Sekretaris Jenderal Departemen Agama Republik Indonesia, Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Mustafa bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Republik Singapura diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Alami bin Musa, Presiden Majlis Ugama Islam Singapura. Mesyuarat telah dipengerusikan sepenuhnya oleh Yang Berbahagia Dato’ Mustafa bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah JAKIM selaku Penghubung Tetap SOM Ke-31.
Dalam mesyuarat di peringkat Pegawai-Pegawai Kanan ( SOM) tujuh Kertas Kerja telah dibentangkan dan kertas-kertas ini telah dilapor dan diterima dalam Pertemuan MABIMS. Kertas-kertas tersebut ialah :
i. Modal Insan sumber kekuatan Ummah;
ii. Islam liberal;
iii. Dakwah Bil Hal sebagai media kontemporari dakwah;
iv. Dewan Zakat Negara MABIMS;
v. Pengurusan Haji Negara MABIMS; dan
vi. Tolerasi Dalam Beragama
Di samping kertas-kertas kerja, turut dibentangkan ialah Laporan sembilan belas (19) Bidang Kerjasama telah disedia dan dibentangkan oleh setiap Negara Penghubung Tetap.
Mesyuarat dan Pertemuan yang berlangsung selama tiga hari itu telah mengeluarkan Resolusi yang amat bernas. Resolusi yang telah diputuskan dalam Mesyuarat SOM dan disahkan oleh Pertemuan MABIMS Ke-12 ialah :
i. Pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara komprehensif oleh semua Negara anggota MABIMS kea rah memperkukuhkan kekuatan umat Islam di rantau ini melalui perancangan-perancangan strategik seperti berikut :
a. Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah perlu dilaksanakan secara integratif.
b. Model-model pendidikan integrative perlu dikongsi bersama di kalangan Negara anggota MABIMS supaya ia menjadi inspirasi kearah pengukuhan pembinaan modal insane di rantau ini.
c. Sebuah jawatankuasa membangunkan modal insane perlu diwujudkan dan <?xml:namespace prefix = u1 />
d. Model institusi integrative sains dan teknologi berteraskan ilmu, kaji selidik dan nilai-nilai agama perlu dikembangkan supaya lahir modal insan yang seimbang dan harmonis.
e. Jurnal kaji selidik yang berwibawa perlu dihasilkan sebagai sumber rujukan Negara-negara anggota MABIMS.
f. Program-program kea rah melahirkan tenaga pakar dan ulil albab di kalangan umat Islam dalam semua bidang ilmu perlu diperhebatkan.
ii. MABIMS perlu memberi perhatian yang serius terhadap pengaruh dan fahaman-fahaman menyeleweng yang
iii. Pelaksanaan Dakwah Bil Hal perlu diperkasakan oleh semua Negara anggota MABIMS dengan memperkemaskan konsep dan pelaksanaan Dakwah Bil Hal secara komprehensif sesuai dengan reality semasa.
iv. Penubuhan Dewan Zakat MABIMS perlu dilaksanakan dan sebuah Jawatankuasa Teknikal akan ditubuhkan bagi mengkaji dan menyediakan terma-terma rujukan dan modus operandinya.
v. Negara-negara Anggota MABIMS telah bersetuju mengambil kesepakatan dalam menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan pengurusan haji. MABIMS juga bersetuju supaya pre-meeting antara Negara anggota MABIMS diadakan secara bergilir setiap tahun sebelum mesyuarat dua hala diadakan oleh Negara berkenaan dengan Kerajaan Arab Saudi.
vi. MABIMS bersetuju memperakukan Garis Panduan Tatacara Kerja Urusetia MABIMS, Garis Panduan Perlaksanaan Penerbitan dan Pertukaran Bahan-Bahan Penerbitan dan Garis Pandaun Keikutsertaan Negara lain dalam MABIMS.
Di penghujung Pertemuan MABIMS, semua menteri agama dari keempat-empat Negara Anggota telah menyempurnakan Pelancaran Buku MABIMS iaitu Koleksi Kertas Kerja Jihad Dalam Konteks Kontemporari di Asia Tenggara dan Garis Panduan Berijtihad dan Prosedur Fatwa Negara MABIMS.
Selepas itu satu sidang akhbar telah diadakan dengan semua menteri ikut serta dalam sidang tersebut. Antara isu yang dibangkitkan oleh wartawan yang hadir selain daripada keputusan yang dipersetujui dalam Pertemuan MABIMS, isu-isu lain yang ditimbulkan ialah kedudukan Rufaqa (Organisasi yang dianggotai oleh ahli-ahli bekas Pertubuhan al-Arqam), Penyelewengan Akidah yang berlaku di Indonesia dan Malaysia dan tempias-tempias dari penyelewengan tersebut yang merebak ke Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Selain dari itu wartawan-wartawan yang hadir telah juga menemuramah menteri-menteri dari keempat-empat Negara dengan persoalan-persoalan berhubung dengan pengurusan hal ehwal Islam di Negara masing-masing.


- Hits : 1389







