Ziarah Pulau Ketam, Klang Selangor "Masih Ada Yang Sayang"

Ziarah ukhuwah pada 29-30 Disember 2012 mengakhhiri program unit Dakwah Saudara Muslim, Bahagian Dakwah JAKIM pada tahun ini. Seramai 4 kakitangan JAKIM mendekati beberapa sauadara Muslim untuk melihat keadaan hidup mereka. Bersama Ustaz Amin Lam, kita dibawa melawat keluarga Encik Salleh Abdullah, Encik Shafie  Abdullah, Encik Hassan Abdullah, Encik Salleh Chia Abdullah, Encik Musa Abdullah dan Encik Mohd Nor Abdullah.
 
Encik Hassan menyatakan bahawa pernah satu ketika dahulu penduduk Islam disini menjangkau 250 orang pada satu masa. Namun pada hari ini hanya tinggal 10-12 keluarga yang masih menjadikan Islam sebagai pegngan hidup mereka. Itupun ada yang diantara mereka hanya suami isteri yang Muslim , sedangkan anak anak mereka memilih jalan kekufuran sebagai pegangan hidup.
 
Dengan sedikit makanan berbaki, simpanan dari BaitulMal MWAIP, rombongan berbasikal menemui seorang demi seorang rumah saudara kita hingga ke jam 10.30 malam. Apa yang dapat disimpulkan kebanyakan saudara kita di Pulau Ketam ini sudah lanjut usia antara 60-70 an mengalami penyakit yang memakan belanja ratusan ringgit sebulan. Keuzuran mereka dan tiada upaya untuk bedikari menyebabkan sukar untuk bekerja. Keadaan ini memaksa mereka tinggal dengan saudara mara yang bukan Islam. Amalan Islam menjadi kurang lantaran kekosongan ilmu berkaitan agama Islam yang masih cetek.
 
Konklusinya, pihak berwajib perlu mengambil langkah drastik tetapi penuh berhemah untuk memperkasakan lagi gerakan dakwah di pulau ini. Kita harus berfikir bagaimana untuk mengembalikan suasana gemilang satu masa lalu agar ratusan penduduk mampu menyerahkan diri dan pegangan mereka kepada Islam.
 
Encik Chia, Ketua Kampung Pulau Ketam berbangsa Cina yang prihatin menyatakan bahawa penduduk disini sudah rasa hilang rasa takut mereka kepada Islam sejak kebelakangan ini. InsyaAllah Unit Saudara Muslim, Bahagian Dakwah khususnya dan JAKIM umumnya akan sentiasa melakukan program susulan kepada Saudara Muslim yang ada, paling tidak diharapkan tiada yang keluar dari lingkungan murni akidah ini kerana mencari kekufuran yang tidak beerti dalam kehidupan mereka.
 
Menyusuri lorong lorong kecil untuk ke rumah Saudara Muslim di hujung pulau di ketuai oleh Ustaz Amin Lam.
 
Menyelami kehidupan sederhana di Pulau Ketam.
 
Encik Salleh Abdullah sedang meluahkan sedikit sebanyak mehnah yang telah dihadapi beliau setelah memeluk Islam.
 
Hulurkan Tangan Ringankan Beban. Kami sentiasa Bersamamu.
 
Encik Shafie Abdullah sangat terharu dengan kehadiran warga JAKIM ke kediamannya sederhananya
 
Encik Hassan Abdullah menerima sedikit bantuan daripada pihak JAKIM sebagai tanda prihatin pihak berwajib.
 
Beberapa nasihat dan pesanan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi, Penolong Pengarah Kanan JAKIM.
 
Perjumpaan & Pemberian Sumbangan kepada3 orang Saudara Muslim di Balai Islam, Pulau Ketam pada sebelah malamnya
sebelum menyambung kembali aktiviti ziarah.
 
 
Antara wajah wajah Saudara Muslim Pulau Ketam yang masih dengan Islam sebagai pegangan hidup.
 
Al Fadhil Ustaz Ismail Hashim bin Junaidi tidak dapat menahan rasa sedih mendengar kisah kepayahan mereka yang bergelar Saudara Muslim di Pulau Ketam. Semoga mereka sentiasa di dalam hidayahNya dan mendapat ganjaran di akhirat kelak. 
Tarikh: 
Dec 31, 2012