Ziarah Suburkan Ukhuwwah
Oleh : Mohd Marzuki
Pada 26 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama KAFA Daerah Tawau telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah Saudara Baru bertempat di Kampung Pekan Kalabakan, Kalabakan, Tawau.
Objektif utama program ialah menyuburkan rasa kasih sayang serta semangat persaudaraan dengan kumpulan sasaran di dalam suasana mahabbah dan mawaddah dan memberi motivasi dan sokongan moral disamping menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan serta memberi kefahaman akidah Islam yang sebenar.
Antara pengisian yang dijalankan ialah Halaqah Ilmu (Bab Taharah), Tazkirah dan ramah mesra. Para peserta yang hadir juga begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Turut hadir ialah Y.Bhg Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Encik Muhamad bin Latif, Ketua Anak Negeri Pekan Kalabakan, Encik Herman Razali, Pengerusi JKKK Kampung Pekan Kalabakan, Ustaz Husin Asrah, Imam Rawatib Pekan Kalabakan dan Mohd Amin bin Nasir, Penyelia KAFA Daerah Tawau.
Sebanyak 30 sumbangan berupa keperluan dapur dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman turut diberikan kepada saudara baru, penduduk kurang berkemampuan dan ibu tunggal. Sumbangan kelengkapan jenazah turut dihulurkan bagi kegunaan penduduk kampung berkenaan.

Antara peserta yang hadir

Sesi Halaqah Ilmu yang dibahagikan beberapa kumpulan

Tazkirah oleh Pengarah Jakim Cawangan Sabah

Ucapan Encik Muhamad, Ketua Anak Negeri Pekan Kalabakan

Sumbangan kelengkapan jenazah untuk penduduk kampung

Salah seorang saudara baru menerima sumbangan berupa keperluan dapur
Groups:
- Hits : 1127







