Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda. Saya berasa amat bersyukur kerana kita dipertemukan di halaman ini.

Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab terhadap penganjuran program-program utama berkaitan agama Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, Bahagian ini juga berperanan mewujudkan kolaborasi penyelarasan hal ehwal Islam di dalam dan luar negeri.

Oleh itu, usaha-usaha untuk menambahbaik kualiti kerja yang berteraskan kepada budaya dan nilai positif, inovasi dan kreativiti terus dijadikan platform kukuh bagi menderaskan pelunasan pelaksanaan program-program berkaitan secara optimum agar dapat memberi manfaat yang lebih efisien dan efektif.

Budaya kerja berprestasi tinggi dan kecemerlangan merupakan amalan utama bagi memastikan warga Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar terus fokus memberikan perkhidmatan terbaik serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dengan bekerja secara berpasukan dalam menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga semua pihak dapat memperoleh manfaat sepenuhnya melalui perkhidmatan yang disampaikan oleh Bahagian ini secara khususnya melalui halaman ini. Bersama-samalah dengan warga Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar ke arah transformasi pembangunan ummah.

Sekian, salam hormat.

“KERJA KUAT KERJA PINTAR”


Pengarah
Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)