Jakim di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi agama di peringkat Persekutuan sentiasa optimis dalam memacu transformasi pengurusan hal ehwal Islam ke arah pemerkasaan agensi Islam secara inovatif dan strategik.
Bagi mencapai matlamat peranan Jakim selaras dalam usaha menyahut seruan Kerajaan bagi merealisasikan kerjasama strategik NBOS, Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Warga Kerja Islam (PERKEWI) Hospital Kajang di bawah pengendalian pengerusinya YBhg Dr. Ruzaimi bin Md. Yusoff telah menganjurkan program Imarah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa di Hospital Kajang pada 9 Jun 2017.
Bagi mencapai matlamat memartabatkan syiar Ramadhan, program ini turut menampilkan 2 orang penceramah bagi memenuhi slot pengisian rohani iaitu YBhg Ustaz Nabil bin Ahmad dan juga YBhg Ustaz Haji Meeftah bin Anuar yang diadakan di Surau Ibnu Sina, Hospital Kajang.
Selain itu, bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik, program ini diserikan lagi dengan acara penyampaian sumbangan berbentuk hamper di wad Pediatrik yang disampaikan oleh YBhg Dr. Mohd Fikri bin Abu Bakar selaku Pengarah Hospital Kajang dan juga YBhg Tuan Haji Salleh bin Saad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim.
Program ini diteruskan lagi dengan acara majlis berbuka puasa bersama YBhg Pengarah dan kakitangan Hospital Kajang.
Ucapan Oleh YBhg Dr. Mohd Fikri bin Abu Bakar
Pengarah Hospital Kajang.
Ucapan oleh YBhg Ustaz Haji Salleh bin Saad
KPP Bahagian Dakwah Jakim.
Ceramah bertajuk Ramadhan: Bulan Menjana Pahala yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Haji Meeftah bin Anuar
Penolong Pengarah ILIM, Jakim.


