25 – 27 MAC 2016 (JUMAAT - AHAD) : Tahniah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS)!Susulan Pelancaran Modul Pascaperkahwinan Islam yang dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Mac 2016 (Khamis) yang lepas, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam yang pertama di Negeri Sembilan dengan menggunapakai Modul ini. Seramai 25 pasangan (50 orang) telah menghadiri Program ini yang dijadualkan selama 3 hari 2 malam ini. Program yang diadakan di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan ini menyasarkan pasangan suami isteri dengan usia perkahwinan 0-5 tahun.


Sesi Motivasi & Pengurusan Psikologi Pasangan yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEINS

Sesi latihan dalam kumpulan yang dipandu oleh fasilitator yang telah dilatih


Inisiatif JHEINS menyediakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak dibawah seliaan Iman Child Care Nursery

Perasmian Penutupan & Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta kursus

Adalah diharapkan agar pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam di Negeri Sembilan ini akan menjadi contoh dan ikutan kepada Jabatan Agama Islam negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Semoga pelaksanaan Kursus ini berpandukan Modul yang telah dibangunkan akan memberi manfaat dan kebaikan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya dalam menyebarkan input-input yang berfaedah kepada pasangan-pasangan suami isteri.