Solat Hajat dan Doa Selamat Khas Untuk Warga JAKIM dan Kesejahteraan Negara
28 Februari 2020 : JAKIM telah mengadakan Solat Hajat dan bacaan Doa Selamat khas untuk warga JAKIM serta kesejahteraan negara di Aras 8, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya pada pagi ini.
Solat Hajat dan doa ini dipimpin oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS). Majlis ini diadakan susulan keadaan negara yang mengalami kemelut politik, wabak Covid 19 dan ketidaktentuan ekonomi global yang memberi kesan kepada ekonomi negara. Selain itu, ia juga bertujuan mendoakan kesihatan Ketua Pengarah JAKIM yang sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semoga dengan usaha dan ikhtiar kecil ini mampu mendapat rahmat dari Allah SWT dengan mengurniakan kesejahteraan, keamanan dan kestabilan negara dari sebarang ancaman dan musibah yang tidak diingini.


UKK JAKIM