2 Februari 2024 – Buat julung kalinya, Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkolaborasi telah menganjurkan Program Jalinan Huffaz 2024 selama tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2024. Program ini telah disertai seramai 40 orang pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM, JAKIM-UNITEN, JAKIM-IPGKPI, JAKIM-UoC dan Program Sijil Asas Tahfiz JAKIM-PSAS.
Lokasi yang dipilih untuk program khidmat masyarakat ini ialah di Kampung Sg. Mengkuang, Endau, Johor Darul Takzim. Ia diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi di samping memupuk nilai profesionalisme para peserta dalam lapangan dakwah bersama masyarakat supaya dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Selama tiga hari ini para pelajar telah mengikuti beberapa aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat seperti gotong-royong memasak bersama orang kampung serta membersihkan masjid, ziarah mesra dakwah (penyampaian sumbangan), Usrah, Kem Smart Solat, Klinik al-Fatihah, sukaneka dan pertandingan mewarna (kanak-kanak). Perasmian majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.
Semoga usaha kecil para peserta dalam menjalankan dakwah sepanjang program Jalinan Huffaz ini dapat menatijahkan sesuatu yang positif kepada penduduk Kampung Sg. Mengkuang.