Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Besut, Terengganu - 10 Jun 2024. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut telah menganjurkan program Seminar Pencegahan Jenayah Seksual Kanak- Kanak 2024: Trauma Berpanjangan, bertempat di Dewan Ibnu Mas’ud, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut.

Seminar ini telah disertai seramai 300 orang peserta dari kalangan guru dan para pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Besut, Terengganu. Dua orang pembentang yang terdiri daripada   Yang Berbahagia   Prof. Madya Dr. Nurul Husna Azmi Medical Education Unit, Kulliyyah of Medicine, International Islamic University Malaysia dan Yang Dihormati Insp. Puan Aimi Dayana Binti Ahmad Sopian, Insp (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak - Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu masing – masing telah mengupas isu berkaitan jenayah seksual kanak – kanak di negara ini.

Yang Berusaha Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah yang mewakili Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM telah merasmikan program tersebut. Turut hadir dalam Majlis Perasmian ialah Yang Berbahagia Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Abdullah Zawawi bin Haji Yahya, Pegawai Pendidikan Daerah Besut serta Puan Shukreyah binti Zawawi, Pengarah ILIM Kampus Besut.

Yang  Berbahagia Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dalam ucapan perasmian, berharap agar kerjasama program seumpama ini dapat diperkukuhkan dalam usaha  memberi kefahaman sebenar kepada umum tentang kesalahan yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak serta peranan agensi penguatkuasa agama melalui  undang – undang jenayah syariah dapat menangani aktiviti tidak bermoral ini. Para peserta juga diharapkan dapat memanfaatkan setiap ilmu dan maklumat yang diperolehi dari program tersebut serta bersedia menjadi “mata” dan “telinga” kepada pihak berkuasa bagi membendung isu – isu melibatkan kesalahan jenayah seksual kanak-kanak yang semakin meningkat saban tahun.


GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5

GAMBAR 6

GAMBAR 7

GAMBAR 8