24-26 Jun 2024/ Institut Latihan Islam Malaysia (Kampus Utama) Bangi, Selangor.
Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Pemurnian Slaid Modul Pascaperkahwinan Islam pada 24-26 Jun 2024 (Isnin-Rabu) di Institut Latihan Islam Malaysia (Kampus Utama), Bangi, Selangor . Antara objektif kursus ini adalah untuk menyediakan slaid Modul Kursus Pascaperkahwinan Islam yang selaras, berkualiti dan seragam di samping memurnikan kandungan slaid sedia ada dengan visual slaid yang lebih informatif, menarik dan terkini bagi pemakaian para penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia.
Kursus yang dihadiri oleh seramai 27 orang peserta seluruh Malaysia terdiri daripada Ketua -ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam Negeri, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia, Kaunselor dan Pegawai Rundingcara. Para peserta telah diberi pendedahan maklumat dan kemahiran berkaitan tajuk “Membina Slaid Berimpak Tinggi”.oleh Penceramah dan Fasilitator terlatih, YBrs. Tuan Mohd Firdauz bin Mohd Shurkan, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dakwah Kreatif , Bahagian Dakwah JAKIM .
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Keluarga mewakili Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan bengkel seumpama ini dapat memberi manfaat dan sumbangan ilmu rumahtangga kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam mengurangkan konflik rumahtangga di kalangan pasangan suami isteri.

















