SHAH ALAM, 12 Julai 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Maqasid Institute Malaysia (MIM) telah mengadakan Bengkel Aplikasi Metodologi Maqasid Dalam Pembuatan Dasar dan Tadbir Urus pada 9 hingga 11 Januari 2024 di Mardhiyyah Hotel & Suite, Shah Alam, Selangor.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi kesedaran (awareness), kefahaman dan panduan kepada semua pembuat dasar di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan mengenai kepentingan kefahaman Maqasid Syariah secara holistik dengan menjadikan Maqasid sebagai metodologi untuk mencapai maslahah (kebaikan) seperti kesejahteraan dan keadilan bagi kehidupan manusia dan alam sejagat. Bengkel ini juga menekankan pembentukan Minda Maqasid yang betul denganfokus kepada objektif (maqsad) akhir iaitu mencapai keredhaan dan keberkatan Allah SWT dalam apa jua tindakan dan keputusan.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Prof. Dr Jasser Auda, Presiden Maqasid Institute Global (MIG) yang telah memfokuskan kepada metodologi Maqasid yang boleh dijadikan sebagai salah satu “management tools” yang digunakan dalam memandu proses penggubalan dasar-dasar dan polisi negara di peringkat pembuat dasar di Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan agar bersifat lebih relevan dan kontekstual dengan menekankan pada objektif tertinggi Syariah yang dijelaskan dalam nas Al-Quran khususnya.
Bengkel ini dihadiri seramai 50 orang peserta yang mewakili Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan.



