Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
17 hingga 19 Julai 2024 | Melaka - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah mengadakan Bengkel Pengurusan Data & Statistik Kesalahan Jenayah Syariah (Pendakwaan) bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka.

Ucaptama bengkel tersebut telah disampaikan oleh Pengarah BPPPS, YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dan turut hadir bagi bengkel ini ialah pendaftar-pendaftar statistik Jabatan Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia.

Objektif bengkel ini adalah untuk menyelaras semula format statistik kesalahan jenayah Syariah di peringkat JAKIM mengikut keperluan negeri-negeri dan menjadikan format baharu tersebut sebagai format yang rasmi dan seragam serta digunakan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia.

Bengkel ini dimulakan dengan sesi perkongsian  slot pertama dengan tajuk "Pengenalan Pengurusan Data dan Statistik"  dan slot kedua dengan tajuk "Brainstorming Pengurusan Data dan Statistik Negeri" oleh Puan Siti Fairuz binti Mohd Zukri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia. Seterusnya disusuli perbincangan dalam kumpulan yang dibimbing oleh Cik Nur Nabila Nazwa binti Abu Bakar, Penolong Pengarah, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia.


1

2

3

4

5