Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
24 & 25 JULAI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam Siri 6 kepada para Sukarelawan Sosial Islam.

Webinar siri terakhir ini dihadiri oleh seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pengamal dan penggiat sosial yang telah menyertai kursus ini dengan jayanya.
Kursus dua hari ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Terapi Tauhidik oleh YBrs. Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin, Pensyarah Kanan Universiti Malaya serta Terapi Tasawuf, YBrs. Dr. Sharifah Basirah binti Syed Muhsin, Pensyarah Kanan Universiti Malaya.

Semoga para sukarelawan yang dilatih ini dapat mengaplikasi segala teori dan amali yang diperolehi sepanjang kursus selama 6 siri ini.


WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.21

WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.22

WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.22 1

WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.24

WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.23 1

WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.22 2

WhatsApp Image 2024 07 25 at 12.23.23