Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Sabah - 23 September hingga 25 September 2024 yang lalu telah berlangsung satu Program Latihan Pengajar (Trainer) dan Jurulatih (Coach) bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dakwah Islam  anjuran Cawangan Dasar Pendidikan Tinggi, Bahagian Dasar Kemajuan Islam dengan kerjasama Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) yang bertempat di Bilik Serbaguna, Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Tanjung Aru). Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan tenaga pengajar bagi program SKM dalam bidang Tvet Islami dari IPDAS, IKMAS, YADIM Cawangan Sabah dan Hidayah Center Cawangan Sabah.

Program pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan teori dan praktikal kepada pengajar dan jurulatih tentang kandungan NOSS Dakwah Islam. Di samping itu diharapkan juga ianya dapat meningkatkan kemahiran tenaga pengajar dan jurulatih dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang efektif, termasuk penggunaan teknik pengajaran yang sesuai dan strategi penyampaian yang menarik kepada pelajar SKM Dakwah. Peserta juga didedahkan secara langsung berkaitan kerja dan tugasan yang dilaksanakan melalui pengalaman penceramah di lapangan. Antara penceramah yang terlibat adalah Ustazah Hajah Noordianah binti Alwi, Penolong Pengarah Kanan JAKIM Sabah, Ustaz Abd Qawiy Navine bin Abdullah dari Institut Dakwah Antarabangsa (IDIP) Perkim, Puan Hajah Nurl Nadhirah Liew binti Abdullah dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Selain itu, Ustaz Mohd Zairie bin Md Isa, Penggerak Masyarakat Orang Asli Selangor, En Mohd Zaid bin Hamdan, dari Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) Negeri Sembilan dan En Mohd Azim bin Abdullah Suhaimin, dari Multiracial Reverted Muslim (MRM) turut berkongsi pengalaman dan kepakaran berkenaan pendekatan dakwah yang baik.

Semoga dengan perkongsian daripada mereka yang berada di lapangan ini, para pengajar dan pelatih program SKM akan lebih memahami keperluan maklumat dan teknik yang perlu disampaikan kepada  para pelatih agar seiring dengan kandungan NOSS yang telah dibangunkan.

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.28

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.26 1

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.26

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.27 1

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.27

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.25

WhatsApp Image 2024 10 02 at 15.31.25 1