Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
PUTRAJAYA, RABU, 4 DISEMBER 2024 – JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan telah menerima lawatan akademik industri dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam. Delegasi lawatan seramai 30 orang ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Khairul Anuar bin Mustaffa, Pensyarah Kursus Qadhaya Mu’asarah dan telah disantuni oleh Puan Zaizurina binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Bahagian Penyelidikan.

Lawatan akademik ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan peranan JAKIM dalam menangani isu-isu semasa umat Islam khusunya berkait dengan industri halal dan fatwa. Selain itu, pelajar-pelajar juga berpeluang mendapatkan perkongsian pengalaman berkaitan pengurusan halal dan fatwa.

Pengisian lawatan akademik ini telah dimulai dengan pembentangan oleh Encik Mohd Nasir bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Kajian Fiqh Kontemporari, Cawangan Kajian Syariah bertajuk “Peranan Jawatankuasa Muzakarah MKI : Satu perkongsian. Ia disusuli dengan sesi pembentangan oleh Encik Mohd Shahril bin Abd Samat, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Advokasi, Bahagian Pengurusan Halal bertajuk “Pengenalan Pensijilan Halal Malaysia”.

Semoga dengan lawatan akademik seumpama ini akan memberi nilai tambah dan semoga maklumat yang disampaikan dapat diaplikasikan oleh para delegasi dalam memenuhi keperluan akademik.



UITM JAKIM 01

UITM JAKIM 02