14 Februari 2025 (Jumaat) - JAKIM dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Syarikat BlackBerry Ltd telah melaksanakan Sesi Taklimat dan Pemasangan Perisian Government Secured Communication (GSC) bertempat di Auditorium As-Syafei, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Projek GSC merupakan salah satu inisiatif strategik yang diperkenalkan bagi memperkukuh keselamatan medium komunikasi kerajaan. Melalui pelaksanaan projek ini, maklumat sulit kerajaan dapat dikendalikan dengan lebih selamat sekaligus dapat mengurangkan risiko kebocoran dan ketirisan maklumat kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai kanan JAKIM gred 12 dan ke atas telah hadir memberi sokongan dan memuat turun perisian GSC untuk digunakan sebagai medium penghantaran dokumen terperingkat dan rahsia kerajaan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM.



















