Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya, 5 Februari 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) meneruskan usaha memperkasakan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah di negara ini dengan mengadakan Mesyuarat Penggubalan dan Pembangunan Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Penggeledahan. 

Mesyuarat Penggubalan dan Pembangunan Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Penggeledahan yang telah dipengerusikan oleh Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, BPPPS tersebut dihadiri oleh Pegawai Jabatan Peguam Negara, Bahagian Undang-Undang JAKIM, Pegawai PDRM, Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, serta Pendakwa Syarie dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Diharapkan draf garis panduan yang digubal akan menjadi panduan kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) dan Pendakwa Syarie dalam melaksanakan tugas mereka kelak.

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 05

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 04

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 06

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 07

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 08

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 09

Pembangunan Dan Penggubalan Garis Panduan Demi Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah 10