22 Februari 2025 โ Seramai 220 pelajar Semester Enam, Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, telah menerima Sijil Khatam Hafazan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Darul Quran Tahun 2025. Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.
Majlis dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh para pelajar banin, dipimpin oleh Pensyarah Tasmiโ Darul Quran, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, Sdr. Muhammad Haikal bin Abd Latib, diikuti oleh ucapan aluan daripada Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, serta ucapan perasmian oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada Darul Quran kerana berjaya mengekalkan tradisi penganjuran majlis khatam hafazan ini sebagai pengiktirafan kepada para pelajar yang telah bertungkus-lumus menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa para pelajar dan menegaskan bahawa kejayaan anak-anak Darul Quran dalam menamatkan hafazan ini adalah hasil daripada usaha gigih dan doa yang tidak putus daripada ibu bapa mereka.
Kejayaan ini tidak hanya menjadi kebanggaan kepada para pelajar, tetapi juga sebagai satu penghormatan kepada pengorbanan dan sokongan ibu bapa yang diraikan dalam majlis ini.
Beliau turut menegaskan berkenaan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memperkasa pendidikan tahfiz di Malaysia menerusi pelbagai inisiatif bagi memastikan tahap pendidikan ini mencapai standard yang lebih tinggi. Antara langkah utama yang dilaksanakan adalah memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sebagai satu dasar komprehensif untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz di seluruh negara.
Selain itu, beliau juga menjelaskan peranan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) dalam memperkemas tata kelola institusi pendidikan Islam, termasuk institusi tahfiz. JAKIM kini sedang berusaha mengintegrasikan elemen tahfiz ke dalam sistem pendidikan arus perdana, termasuk penawaran subjek tahfiz di peringkat menengah bagi meluaskan akses pendidikan tahfiz kepada lebih ramai pelajar.
Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut diserikan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan, antaranya:
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด
๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฎ๐๐บ๐ถ๐ธ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ป:Penerima :
-Ust. Norliana binti Abdullah
๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ:
Penerima :
-Us. Ibrahim bin Abdullah
-Ust. Zamzarina binti Mohd Sood
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐น๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ต๐ฟ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ
Penerima :
-Awang Ameer Zikri bin Awang Kamarruddin
-Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ต๐ฎ๐ (๐ธ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐บ ๐ฑ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐น๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ด๐๐ฟ๐)
Penerima :
-Muhammad bin Ahmad Tirmizi
-Akif Haiqal bin Hanif
-Muhammad Hafiz Naim bin Encik Rahim
-Ahmad Wafi bin Abdul Rahman
-Amirul Aiman bin Muhamad Kamarul Arifin
-Raja Muhammad Umar Abqori bin Raja Mohd Kamal
-Danish Haykal bin Mohd Adnan
-Muhammad Aiman Hakimi bin Lutphi
-Abdul Hadi bin Hariri
-Muhammad Darwisy Mustaqim bin Mohammad Hatta
-Muhammad Lukman Hakim bin Yusrihafizi
-Saiful Adnin bin Saiful Nazmi
-Muhammad Ariff bin Sudiman
-Muโaz Fitri bin Kharudin
-Ahmad Aminuddin Hussein bin Rosli
-Syifa Umairah binti Jalaluddin
-Durrani Fatinah binti Fadzil Asmat
-Fatimah binti Ismail
-Siti Khadijah binti Ahmad Fauzi
-Ainaa Natasha binti Eziddin
-Nik Nur Ain Nabiha binti Nik Hassan
-Siti Khadijah binti Mazlan
-Raabiโah Al-Adawiyah binti Zool Fadli
-Husna Salsabila binti Zainuddin
-Nur โAisha binti Mohd Nasir
-Aisha Zarifah binti Nordin
-Syarifah Nor Nabilah binti Syed Shaharuddin
-Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki
-Tengku Nur โAlya Sakinah binti Tengku Mohamad Izudin
-Nur Nadhirah binti Faiezi
-Siti Nor Huda binti Mohd Fadzil
-Aisyah Maryam binti Che Amran
-Nadhirah Khaliqah binti Kasturi
-Izzah Husna binti Mohamad Azmi
-Amna Syakirah binti Mohd Suhaimi
-Nur Ainaa Maisarah binti Moiden
-Adibah Hanis binti Jalaluddin
-Nur Humaira binti Mohd Hazrein
-Nur Auni Syafiqah binti Zulkiflie
-Nisrina Nabihah binti Yahya
-Adilah Ilyana binti Kamarul โArif
-Aufa Solehah binti Ahmad Syukri
-Wan Wardatul Aini binti Wan Ahmad Zahari
-Nur Farhani binti Mat Zahir
-Nasyuha Syuhada binti Amri
-โIffah binti Ashroff
-Nurul Ezzatina binti Zaidi
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ต๐ฎ๐ ๐๐ธ๐ผ๐ป ๐๐๐ณ๐ณ๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ป๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ฟ๐ถ
Penerima :
-Nik Maghfirah binti Nik Abdul Rahman Zaki
๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ฆ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต
- Syeikh Hossam Hasan Mohamed Elmihy
- Us. Abu Dzar bin Mamat
- Us. Mohd Faisal bin Mohd Fauzi
- Us. Hanizamfansuri bin Hassan
- Us. Mohd Jauhar bin Azmi
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ต
Penerima:
- Muhammad Ariff bin Sudiman
- Ahmad Aminuddin Hussein bin Rosli
- Mu'az Fitri bin Khairudin
- Nur Farhani binti Mat Zahir
- Wan Wardatul Aini binti Wan Mohd Zahari
- Nurul Ezzatina binti Zaidi
- Nasyuha Syuhada binti Amri
- Iffah binti Ashroff
- Nisrina Nabihah binti Yahya
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฎ
Penerima:
- Muhammad Ariff bin Sudiman
- 'Iffah binti Ashroff
- Aufa Solehah binti Ahmad Syukri
- Nur Farhani binti Mat Zahir
- Nuruwais Auji binti Mohd Nadzri
- Nisrina Nabihah binti Yahya
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐ด
Penerima:
- Muโaz Fitri bin Kharudin
- Nur Farhani binti Mat Zahir
Majlis Khatam Hafazan ini bukan sekadar meraikan pencapaian para pelajar, malah mencerminkan komitmen berterusan Darul Quran dalam melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, tetapi juga memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.










